JOHOR PERKASA KAPASITI LTAS SEIRING KEMAJUAN NEGERI

Terdahulu, YB Tuan Ir. Ts. Mohamad Fazli Mohamad Salleh, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Negeri Johor menerima kunjungan hormat delegasi LTAS diketuai YBrs. Encik Kennedy Ayu, Ketua Pegawai Eksekutifnya. | Foto FB Fazli Salleh
#IskandarPuteri – Kerajaan Negeri akan terus memperkukuh pembangunan infrastruktur pengangkutan termasuk meningkatkan kapasiti, kecekapan perkhidmatan dan pengalaman pengguna di Lapangan Antarabangsa Terbang Senai (LTAS) bagi memenuhi keperluan pertumbuhan negeri yang semakin pesat.
Langkah berkenaan penting susulan peningkatan pergerakan rakyat serta pertambahan pelabur dan pengunjung ke Johor yang memerlukan sistem pengangkutan cekap, selesa dan mampu berkembang seiring kemajuan negeri serta keperluan masa hadapan.
Sebagai antara pintu masuk utama negeri, LTAS memainkan peranan strategik bukan sahaja menghubungkan Johor dengan destinasi lain malah menjadi pemangkin kepada perkembangan sektor pelancongan, pelaburan dan pertumbuhan ekonomi.
Justeru, perancangan pembangunan perlu dilaksanakan lebih awal bagi memastikan kapasiti dan kemudahan pengangkutan sentiasa mencukupi, moden serta mampu memenuhi peningkatan permintaan tanpa menunggu kapasiti sedia ada mencapai tahap maksimum.
Kerajaan Negeri turut memberi keutamaan kepada usaha meningkatkan kapasiti seiring permintaan, mempertingkat mutu perkhidmatan serta memastikan pengalaman pengguna di LTAS terus ditambah baik.
Kerjasama strategik bersama pihak LTAS dan agensi berkaitan akan terus diperkukuh bagi memastikan pembangunan infrastruktur pengangkutan Johor dilaksanakan secara terancang, cekap dan berdaya tahan.
Usaha berkenaan selaras dengan perkembangan pesat Johor yang memerlukan kesiapsiagaan infrastruktur pengangkutan bagi menyokong pertumbuhan ekonomi, kemasukan pelaburan serta peningkatan pergerakan rakyat dan pengunjung.
Terdahulu, YB Tuan Ir. Ts. Mohamad Fazli Mohamad Salleh, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Negeri Johor menerima kunjungan hormat delegasi LTAS diketuai YBrs. Encik Kennedy Ayu, Ketua Pegawai Eksekutifnya.
#JohorSafeZone
#SenaiAirport
#LTAS
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor



