AYUH BANGSA JOHOR, PENUHKAN STADIUM SULTAN IBRAHIM

Bangsa Johor diajak untuk memenuhi Stadium Sultan Ibrahim bagi memberikan sokongan padu kepada Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) yang akan menentang Kuching City FC bagi merebut Piala Sumbangsih 2026, Jumaat ini.
#IskandarPuteri – Bangsa Johor diajak untuk memenuhi Stadium Sultan Ibrahim bagi memberikan sokongan padu kepada Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) yang akan menentang Kuching City FC bagi merebut Piala Sumbangsih 2026, Jumaat ini.
Perlawanan aksi pembukaan Liga Super Malaysia 2026/27 ini membawa makna istimewa buat JDT membuka tirai musim baharu selain menjadi pentas kepada penyokong memainkan peranan sebagai pemain ke-12 pasukan.
Kehadiran dan sokongan padu Bangsa Johor di stadium mampu menyuntik semangat kepada barisan pemain sekali gus mewujudkan suasana bergemuruh sepanjang perlawanan.
Kejayaan JDT membina reputasi sebagai sebuah kelab bertaraf dunia turut mencerminkan visi serta komitmen tinggi DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dalam membangunkan dan memacu bola sepak Johor ke tahap lebih tinggi, jelas YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor.
Pada musim lalu, JDT menyamai rekod dunia dengan mencatat 108 perlawanan liga di laman sendiri tanpa kalah dan kini berpeluang mencipta sejarah baharu apabila berdepan Kuching City FC.
Justeru, seluruh Bangsa Johor diseru bersama-sama memenuhi Stadium Sultan Ibrahim bagi menyemarakkan semangat Harimau Selatan serta menjadi sebahagian daripada detik penting pembukaan musim baharu.
#JohorSafeZone#JDT
#LigaSuperMalaysia
#PialaSumbangsih
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor


