JOHOR PERUNTUK RM3.8 JUTA TERUSKAN PENGHANTARAN UBAT MELALUI POS

Peruntukan tersebut turut disasarkan untuk meningkatkan penggunaan perkhidmatan UMP kepada 1,000 pesakit sebulan dengan anggaran kos sebanyak RM15,000 sebulan, sekali gus memastikan kemudahan mendapatkan bekalan ubat terus ke rumah dapat diteruskan untuk Bangsa Johor. | Foto MDJ Nazreen
#IskandarPuteri – Kerajaan Negeri memperuntukkan sekitar RM3.8 juta pada tahun 2027 bagi meneruskan perkhidmatan penghantaran Ubat Melalui Pos (UMP) secara percuma yang dijangka memberi manfaat kepada sekitar 35,000 pesakit di Johor.
Peruntukan tersebut turut disasarkan untuk meningkatkan penggunaan perkhidmatan UMP kepada 1,000 pesakit sebulan dengan anggaran kos sebanyak RM15,000 sebulan, sekali gus memastikan kemudahan mendapatkan bekalan ubat terus ke rumah dapat diteruskan untuk Bangsa Johor.
Sejak Kerajaan Negeri mula menanggung kos UMP secara percuma pada 1 Ogos 2024, sebanyak 504,294 parcel telah dibiayai, yang telah memberi manfaat kepada 101,035 pesakit sehingga kini.
Namun, selepas Kerajaan Persekutuan mengambil alih pembiayaan UMP secara percuma mulai Oktober 2026, baki peruntukan pembiayaan UMP Kerajaan Negeri akan dimanfaatkan untuk membiayai perkhidmatan baharu yang terus memberi manfaat kepada pesakit lain.
Antara perkhidmatan baharu tersebut ialah penghantaran ubat rangkaian sejuk menerusi penghantaran pada hari yang sama (same day delivery) yang mula dilaksanakan pada September 2026, melibatkan enam fasiliti kesihatan di daerah Johor Bahru.
Perkhidmatan berkenaan membolehkan pesakit yang memerlukan ubat rangkaian sejuk menerima bekalan ubat di rumah, dengan seramai 28 pesakit telah mendapat manfaat pada September 2026, manakala 74 pesakit menerima manfaat pada Oktober 2026.
Terdahulu, YB Tuan Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, menjawab pertanyaan YB Datuk Ramlee Bohani, Ahli Dewan Negeri Johor kawasan Kempas, pada Mesyuarat Kedua (Belanjawan 2027) bagi Penggal Persidangan Pertama Dewan Negeri Johor Ke-16 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, hari ini.
#JohorSafeZone
#BelanjawanJohor2027
#JohorMajuRakyatSejahtera
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor



