TABURAN HUJAN TINGGI MELANDA JOHOR


Stesen Tolok Hujan Telemetri digunakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk mendapatkan bacaan taburan hujan dan seterusnya membantu memberi amaran awal bencana banjir / Gambar Ihsan Jabatan Pengairan dan Saliran.

 

ISKANDAR PUTERI — Cuaca hujan lebat yang berterusan melanda Johor sejak awal minggu ini turut menyaksikan taburan hujan yang agak tinggi berbanding tahun sebelumnya.

Mengikut data yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Johor mendapati tiga daerah iaitu Kulai, Muar dan Tangkak mengalami taburan hujan luar biasa berbanding tempoh sama dalam tiga tahun kebelakangan ini.

Secara keseluruhan bagi tempoh 19 Januari hingga hari ini, daerah Mersing mencatatkan ukuran taburan hujan tertinggi dengan 297 mm taburan hujan yang dicatatkan.

Ia disusuli dengan daerah Segamat yang mencatatkan bacaan purata hujan sebanyak 249 mm, diikuti Kota Tinggi (281 mm), Kluang (226 mm), Kulai (209 mm), Muar (198 mm), Batu Pahat (164 mm), Pontian (139 mm), Johor Bahru (132 mm) dan Tangkak (97 mm).

Secara perbandingan Daerah Muar mencatatkan purata bacaan taburan hujan tertinggi iaitu 209 milimeter (mm) pada Januari ini berbanding tempoh sama sejak 2020 yang mencatatkan taburan terendah iaitu sebanyak 75 mm, manakala bagi tahun 2021 (142 mm) dan 93 mm pula dicatatkan pada 2022.

Daerah Tangkak pula kekal mencatatkan rekod bacaan terendah pada bulan Januari bagi tempoh empat tahun berturut-turut apabila sekadar mencatat 48 mm pada 2020, 83 mm (2021), 86 mm (2022) dan 97 mm setakat hari ini.

Bagaimanapun, rekod bacaan purata tertinggi yang pernah dalam tempoh yang sama berlaku di daerah Kota Tinggi apabila merekodkan 667 mm purata hujan pada Januari 2021 yang lalu.

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor