KERAJAAN NEGERI KOMITED PERKASA PEDI


Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor, Norlizah Noh mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil. | Foto Ihsan FB Norliza Noh.

 

ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor menzahirkan komitmen terhadap usaha memperkasakan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) di negeri ini.

 

Komitmen itu dizahirkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor, Norlizah Noh dalam kunjungan hormat kepada Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil.

 

“Saya juga telah membawa beberapa idea serta pelan pemerkasaan PEDi dalam Negeri Johor. Saya sangat memberi fokus yang tinggi terhadap PEDi kerana pusat ini mempunyai potensi yang tinggi dalam mendigitalisasikan masyarakat khususnya bagi mereka yang tinggal di luar bandar,” katanya dalam Facebook rasminya pada Isnin.

 

Dalam kunjungan berkenaan, Norlizah memberitahu telah membincangkan pelbagai perkara melibatkan Kerajaan Johor dan Kerajaan Persekutuan.

 

“Insya Allah hubungan dua hala antara Kerajaan Negeri Johor dan Kerajaan Pusat Malaysia akan terus berkekalan. Kami akan laksanakan segala perkara yang baik demi kesejahteraan masyarakat Malaysia khususnya Negeri Johor,” katanya.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor