PENUTUPAN JALAN SEMPENA DRY RUN KMJ 2023


Kenyataan media Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, mengenai penutupan jalan sempena raptai Kembara Mahkota Johor bagi daerah Johor Bahru Selatan.

 

ISKANDAR PUTERI — Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan melaksanakan penutupan jalan secara berperingkat jam 8 pagi, pada 15 Julai ini.

 

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, penutupan jalan itu bagi melancarkan program pelepasan konvoi ‘dry run’ Kembara Mahkota Johor 2023 (KMJ 2023) yang akan kembali jam 1 petang, pada 18 Julai.

 

“Sepanjang perjalanan ‘dry run’ sejauh 15 kilometer yang bermula dari ‘Gate 3’ Istana Pasir Pelangi – Lebuhraya EDL – Jalan JB-Kota Tinggi – Pekan Ulu Tiram, simpang jalan akan ditutup secara berperingkat sehingga ke Pekan Ulu Tiram,” kata beliau dalam satu kenyataan, pada Khamis.

 

Raub berkata, orang ramai dinasihatkan merancang perjalanan dan dapat mengelak dari melalui jalan yang terbabit selain sentiasa mematuhi arahan lalu lintas dan arahan polis untuk mengikut laluan alternatif dicadangkan.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor