Artikel oleh Nur Adlina Syahirah Mohd Nazri

141 KALI DERMA DARAH SEJAK BERUSIA 18 TAHUN

  JOHOR BAHRU — Hasrat untuk membantu masyarakat memerlukan sejak di bangku sekolah mendorong Ong Wah Puh melakukan pendermaan darah sebanyak 141 kali sehingga kini.   Wah Puh yang merupakan seorang timbalan pengarah pembangunan perniagaan dianugerahkan Penderma Darah Terbanyak Peringkat Kebangsaan sempena Majlis Perasmian Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia Peringkat Kebangsaan Tahun 2023.   Berkongsi […]

PENUBUHAN YPKDT MAMPU KEKALKAN KUALITI KEHARMONIAN DALAM KELUARGA

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Negeri Johor kekal komited dalam pembangunan masyarakat berkeluarga dengan memperkukuhkan institusi keluarga yang bahagia dan harmoni di negeri ini.   Oleh itu, Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) yang dibangunkan pada tahun 1997 perlu terus berperanan dalam merancang program kemasyarakatan dalam kalangan ibu bapa dan anak-anak bagi mengekalkan kualiti keharmonian […]

3 KLON BAHARU LIBERICA MAMPU KURANG KEBERGANTUNGAN KOPI IMPORT

  ISKANDAR PUTERI — Inisiatif Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) terus mempergiatkan usaha dalam meningkatkan pengeluaran kopi tempatan.   Antara usaha tersebut adalah penghasilan tiga klon baharu kopi jenis Liberica yang berjaya dihasilkan MARDI untuk penanaman tempatan.   Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor, Lee Ting Han berkata, klon […]

JOHOR RUNBIKE CUP 2023 TARIK PENYERTAAN 250 ATLET CILIK

  ISKANDAR PUTERI — Seramai 250 orang atlet cilik menyertai Kejohanan Johor Runbike Cup 2023 yang berlangsung di aras ‘rooftop’ Komtar Johor Bahru City Centre (JBCC).   Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd Hairi Md Shah, berkata kejohanan yang julung kali diadakan itu membabitkan tujuh kategori.   Katanya, […]

75 KANAK-KANAK KULAI IKUTI PROGRAM BACA LAB

  ISKANDAR PUTERI — Seramai 75 kanak-kanak sekitar kawasan Kulai menyertai program BACA LAB anjuran Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Permai.   Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Permai, Dato’ Mohd Jafni Md Shukor berkata, program kelas membaca dengan kerjasama EduCity itu bertujuan membantu pelajar sekolah rendah menguasai kemahiran membaca.   Menurutnya, dengan […]

FOOD TAIPEI MEGA SHOWS 2023 : USAHAWAN JOHOR RAIH NILAI TAMBAH

  ISKANDAR PUTERI — Kunjungan usahawan dari Johor ke Food Taipei Mega Shows 2023 di Taiwan diyakini menjadi platform nilai tambah bagi perusahaan masing-masing.   Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah percaya kumpulan usahawan terbabit meraih manfaat daripada lawatan ke pameran itu.   “Saya melihat […]

KERAJAAN NEGERI MENJELASKAN SEBAB KESESAKAN CIQ DIBERIKAN PENEKANAN

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor menjelaskan dua sebab penekanan diberikan kepada isu kesesakan trafik di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) yang membelenggu berdekad lamanya.   Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, sebab pertama, 300,000 rakyat Malaysia menggunakan laluan itu setiap […]

KERAJAAN NEGERI IKAT KOMITMEN PEMAJU BINA RMMJ

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor berjaya mengikat komitmen pemaju untuk membina 13,666 unit Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) dalam tempoh lima tahun.   Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Dato’ Mohd Jafni Md Shukor berkata, komitmen tersebut dizahirkan hasil 12 siri mesyuarat Jawatankuasa Perancangan, Pembangunan dan Rekabentuk (PDRC).   “Peranan PDRC adalah […]

JANGAN NAFIKAN KEBOLEHAN DAN KEKUATAN USAHAWAN TEMPATAN: EXCO JOHOR

  ISKANDAR PUTERI — Seramai 20 usahawan dari Johor mengadakan lawatan ke tiga lokasi muzium dan kilang pengeluaran makanan dan minuman di Taiwan.   Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd Hairi Md Shah, berkata lawatan ini diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan dan peluang kepada usahawan yang terlibat untuk memperluaskan […]

JKMNJ KENALPASTI LOKASI PENYEDIAAN BAKUL MAKANAN DI KEPULAUAN MERSING

  ISKANDAR PUTERI — Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor (JKMNJ) mengadakan Program Pemantauan Pangkalan Hadapan dan ‘One Stop Centre’ di lima pulau di sekitar perairan daerah Mersing.   Ia bagi mengenal pasti lokasi terbaik dan bersesuaian untuk meletakkan persediaan bekalan bantuan bakul makanan kepada penduduk di Pulau Aur, Pulau Pemanggil, Pulau Tinggi, Pulau Sibu dan […]