Artikel oleh Mohd Firdaus Yon

TOURISM JOHOR SEDIA PELBAGAI BANTUAN KEPADA PEMAIN INDUSTRI PELANCONGAN

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan negeri menerusi Tourism Johor menyediakan pelbagai bantuan kepada pemain industri pelancongan negeri ini.   Pemain industri dimaksudkan meliputi badan bukan kerajaan atau pertubuhan seperti persatuan agensi pelancongan, persatuan pemandu pelancong, persatuan homestay dan sebagainya.   Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya Negeri Johor, K. Raven Kumar berkata, antara […]

KERAJAAN JOHOR KOMITED LAHIRKAN LEBIH RAMAI PEGUAM SYARIE BERKUALITI

  ISKANDAR PUTERI — Seramai 192 peguam syarie telah menerima Sijil Peguam Syarie dan Sijil Amalan Guaman Syarie untuk beramal di Mahkamah Syariah Negeri Johor, setakat ini.   Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, tiada ciri khusus ditetapkan bagi seseorang diterima masuk sebagai peguam syarie di negeri ini. […]

ADUAN PUKAT TUNDA GANGGU NELAYAN KECIL DIPANDANG SERIUS

  ISKANDAR PUTERI — Jabatan Perikanan Negeri Johor memandang serius aduan penggunaan pukat tunda mengganggu aktiviti nelayan kecil di negeri ini, termasuklah di perairan Muar.   Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, Dato’ Zahari Sarip berkata, aktiviti penguatkuasaan sentiasa dilakukan selaras dengan Akta Perikanan 1985 bagi memastikan kelestarian sumber […]

KERAJAAN JOHOR HARAP PERUNTUKAN BAIK PULIH JALAN DAPAT DISEGERAKAN

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor berharap peruntukan khas dimohon kepada Kerajaan Persekutuan bagi kerja baik pulih jalan negeri dan persekutuan serta infrastruktur yang rosak akibat banjir dapat disegerakan.   Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, Ir. Ts. Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, peruntukan tersebut diperlukan agar dapat mempercepatkan kerja-kerja pembaikan.   […]

JKNJ LAKSANA PELBAGAI STRATEGI TANGANI MASALAH KESIHATAN MENTAL

  ISKANDAR PUTERI — Pelbagai strategi dilaksanakan Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) bagi menangani masalah kesihatan mental di kalangan rakyat negeri ini.   Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon berkata, isu kesihatan mental atau gangguan emosi terutama pasca pandemik COVID-19 adalah masalah global.   “Antara strategi yang telah dilaksanakan oleh JKNJ […]

KERAJAAN JOHOR PROAKTIF BANGUNKAN, PROMOSI GUNUNG LEDANG

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan negeri menerusi Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ) proaktif dengan rancangan pembangunan dan strategi pemasaran bagi Taman Negara Johor Gunung Ledang (Lagenda) serta Taman Negara Johor Gunung Ledang (Air Terjun).   Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya Negeri Johor, K. Raven Kumar berkata, antara strategi pemasaran dilaksanakan adalah dengan […]

4,862 PENGUSAHA DIKENALPASTI TERKESAN AKIBAT BANJIR

  ISKANDAR PUTERI — Seramai 4,862 pengusaha sektor pertanian dan agromakanan dikenalpasti terkesan akibat banjir Johor, dengan anggaran nilai kerugian berjumlah lebih RM35 juta, setakat ini.   Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, Dato Zahari Sarip berkata, jumlah tersebut melibatkan pengusaha pelbagai subsektor tanaman, penternakan, perikanan serta industri asas […]

PELBAGAI BENTUK BANTUAN KEWANGAN DISALURKAN UNTUK WARGA PKPDK

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menyalurkan pelbagai bentuk peruntukan bantuan kewangan kepada penyelia, petugas dan pelatih Pertubuhan Kebajikan Pemulihan Dalam Komuniti (PKPDK) di negeri ini.   Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Khairin-Nisa Ismail berkata, dalam bajet 2021, Kerajaan Persekutuan telah mengumumkan kenaikan saguhati kepada […]

KERAJAAN JOHOR PEDULI ISU KEKOSONGAN GURU SAKJ

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan negeri memandang serius isu kekosongan guru dihadapi di Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) yang semakin bertambah susulan berlakunya penghijrahan kumpulan warga pendidik tersebut ke Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).   Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, bagi mengatasi masalah tersebut, pengisian kekosongan jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan […]

‘TALENT IDENTIFICATION’ PERKASA ATLET OKU

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan negeri menerusi Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Johor komited memperkasa atlet Orang Kurang Upaya (OKU) di negeri ini.   Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah berkata, JBS Negeri Johor merupakan ‘focal point’ bagi pemerkasaan OKU dalam aspek sukan.   […]