30 TAN SAMPAH DIKUTIP DALAM TEMPOH DUA TAHUN DI SUNGAI SKUDAI
JOHOR BAHRU — Kira-kira 30 tan sampah telah dikutip di sepanjang Sungai Skudai oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) sejak dua tahun lalu. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya Negeri Johor, K. Raven Kumar, berkata angka tersebut merupakan satu jumlah yang besar dan mencerminkan tahap kesedaran yang masih kurang dalam kalangan masyarakat. […]
