KERAJAAN FOKUS TINDAKAN SEGERA TANGANI BANJIR DI KOTA TINGGI
KOTA TINGGI — Kerajaan akan memperuntukan sebanyak RM22.6 juta bagi melaksanakan projek mempertingkatkan sistem perparitan serta projek pelebaran dan pendalaman sungai di daerah ini bagi mengatasi masalah banjir. Timbalan Perdana Menteri 1, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata peruntukan ini dilakukan bagi memastikan masalah banjir ini akan dapat diatasi dengan sebaik yang mungkin. […]