UTHM UNGGULI MALAYSIAN CULINARY WORLD CUP 2023
BATU PAHAT — Sekumpulan peserta dari Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Univerisiti Tun Hussein Onn Malaysia (FPTV-UTHM) mencatat sejarah gemilang apabila meraih 11 pingat dan diploma dalam pelbagai kategori dalam pertandingan Malaysian Culinary World Cup 2023.
Dalam pertandingan yang diadakan di World Trade Centre Kuala Lumpur itu, pasukan FPTV-UTHM meraih tiga pingat emas dalam kategori W30 Malaysian Cuisine 5 Cources, WC32 Kerabu/Umai dan WC05 Platted Desert.
Dalam kenyataan di portal rasminya, FPTV-UTHM juga turut meraih tiga pingat perak melalui acara WC33 Special Fried Rice, WC38 Ikan Sungai dan WC28 Malaysia Rendang.
Empat pingat gangsa pula diperolehi menerusi kategori WC48 Asian Cuisine 3 Courses, WC57 Teh Tarik Live, WC52 Modern Main Cource Lamb dan WC50 Modern Main Cource.
Sementara itu, Felo Industri FPTV-UTHM, Afif Naim Abd Rani pula berjaya merangkul pingat gangsa menerusi acara WC53 Open International Chef: Modern Main Cource Fish or Seafood.
Pasukan FPTV-UTHM itu disertai 11 peserta berkenaan adalah pelajar dari program Sarjana Muda Teknologi Perkhidmatan Makanan dan Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Katering).
Untuk rekod, pertandingan Malaysia Culinary World Cup adalah anjuran Malaysia Bersatu Culinary Association yang merupakan pertandingan kulinari terbesar di dunia yang diiktiraf oleh Guiness World of Records.
Seramai 100 juri profesional tempatan dan antarabangsa dipilih menyelia pertandingan berkenaan yang terdiri daripada pakar masakan dari Sweden, Itali, United Kingdom, Mesir, Maghribi, Korea dan Mexico.
Antara Juri Professional antarabangsa yang terkenal termasuk Presiden Dunia Bakery and Confectionery, Gunther Koerffer dari Sweden; World Association of Chef Society, Chef Montaser Mohemed Masoud dari Mesir dan Michelin Star, Chef Vedat Gokcen dari Belgium.
Sementara itu, Dekan FPTV-UTHM, Profesor Ts Dr Abdul Rasid Abdul Razzaq, berkata kejayaan tersebut merupakan satu pencapaian besar bagi para peserta.
“Semoga kejayaan ini dapat menjadi batu loncatan kepada FPTV-UTHM utuk menghantar wakil ke pertandingan seterusnya yang akan berlangsung pada bulan Julai ini di Jakarta, Indonesia.
“Pihak kami mengucapkan terima kasih kepada pihak Secangkir Kopitiam Koperasi UTHM yang menaja sebahagian besar perbelanjaan semua wakil peserta UTHM untuk ke pertandingan ini,” katanya.
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor