Artikel oleh Badrul Kamal Zakaria

ISU KELIBAT BUAYA PARIT JAYUS PALSU

  ISKANDAR PUTERI — Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor malam ini mengesahkan isu kelibat buaya yang dikatakan berlaku di Kampung Parit Jayus, Seri Medan, Batu Pahat dekat sini adalah palsu. Ketua Zon 3 JBPM Johor, Penguasa Kanan Bomba II Siti Hajar Sanusi, berkata pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung kehadiran reptilia berbahaya […]

MORATORIUM UNTUK MANGSA BANJIR JOHOR

  ISKANDAR PUTERI — Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi hari ini memohon kepada Kerajaan Persekutuan untuk mempertimbangkan pemberian moratorium sekurangnya tiga hingga enam bulan kepada mangsa Johor. Onn Hafiz membuat permohonan itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan supaya inisiatif itu akan dapat memberi sedikit kelegaan kepada mangsa […]

PERDANA MENTERI MINTA BANTUAN BANJIR DIOPERASIKAN DENGAN SEGERA

  SEGAMAT — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melakukan lawatan kerja dan menyantuni mangsa banjir yang berlindung di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Gemereh dan Sekolah Kebangsaan Jenis Cina (SJKC) Kampung Tengah, Segamat. Lawatan tersebut diiringi Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi bagi melihat sendiri situasi dan keadaan […]

PROJEK RTB AKAN DISEGERAKAN

    SEGAMAT — Kerajaan akan menyegerakan beberapa projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) termasuk di negeri Johor bagi mengatasi masalah banjir yang sering berlaku setiap tahun. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kerajaan projek RTB sebelum ini ditangguhkan seketika kerana ia perlu melalui proses tender bagi mengelakkan ketirisan yang boleh menjejaskan tahap kewangan negara. […]

PM MINTA GLC SELESAI MASALAH, BANTU MANGSA BANJIR

  SEGAMAT — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini sudah meminta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk menyelesaikan masalah dan juga memberi bantuan kepada mangsa banjir. Perdana Menteri berkata, beliau sudah menghubungi beberapa GLC khususnya GLC penting di peringkat Kerajaan Persekutuan untuk segera melakukan tindakan terutama kepada mangsa banjir di Johor. “Saya juga telah […]

OPERASI BANTU MANGSA BANJIR DILAKUKAN SEBAIK MUNGKIN

  TANGKAK — Situasi banjir luar biasa, laluan terputus hubungan selain jarak perkampungan yang jauh antara satu sama lain menjadi kekangan kepada petugas mencari dan menyelamat mangsa banjir kali ini. Bagaimanapun seperti kata pepatah ‘berat sama dipikul dan ringan sama dijinjing’ antara pelbagai agensi kerajaan secara tidak langsung menyebabkan pengurusan banjir di Johor dapat diatasi […]

7 BRIGED ATUR GERAK KEKUATAN BANTU MANGSA BANJIR DI JOHOR

  KOTA TINGGI — Markas Briged Ketujuh Infantri Malaysia (7 Briged) sudah mengatur gerak kesemua 10 pasukan di bawah panji naungannya bagi membantu mangsa banjir di seluruh daerah di negeri Johor. Ia termasuk mengatur gerak aset air dan darat milik pasukan Tentera Darat ini bagi memastikan semua mangsa banjir mendapat bantuan yang sewajarnya. Panglima 7 […]

RM10 JUTA DIPERUNTUKKAN KEPADA MANGSA BANJIR JOHOR

  KOTA TINGGI — Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM10 juta menerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bagi membantu mangsa banjir di Johor. Timbalan Perdana Menteri 1, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan bantuan itu melibatkan bekalan keperluan di Pusat Pemindahan Sementera (PPS) yang meningkat di negeri ini. “NADMA telah diberitahu agar pembelian barangan keperluan seperti […]

KERAJAAN FOKUS TINDAKAN SEGERA TANGANI BANJIR DI KOTA TINGGI

  KOTA TINGGI — Kerajaan akan memperuntukan sebanyak RM22.6 juta bagi melaksanakan projek mempertingkatkan sistem perparitan serta projek pelebaran dan pendalaman sungai di daerah ini bagi mengatasi masalah banjir. Timbalan Perdana Menteri 1, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata peruntukan ini dilakukan bagi memastikan masalah banjir ini akan dapat diatasi dengan sebaik yang mungkin. […]

JOHOR TERIMA PERUNTUKKAN 250 RIBU, AKTIFKAN PUSAT KAWALAN BENCANA

  ISKANDAR PUTERI — Kementerian Kerja Raya (KKR) memperuntukan sebanyak RM250,000 secara serta merta ke daerah Kluang, Batu Pahat, Segamat, Muar dan Tangkak bagi kegunaan Jurutera Daerah (JD) menghadapi situasi banjir, di negeri ini. Menerusi Kenyataan Medianya, peruntukan yang diberikan itu melibatkan jalan Persekutuan yang terjejas akibat banjir yang berlaku sejak pagi semalam. “Pihak Konsesi […]