BANGGA SUAMI BERKHIDMAT PENUH DEDIKASI


Anak sulung Allahyarham YM Ungku Mohd Zaffrin Ungku Mohd Zaman, YM Ungku Muhamad Nadzim Ungku Muhamad Zaffrin, 15, bersama dua adiknya, YM Ungku Muhamad Naufal, 11, dan YM Ungku Arissa Zahra, 10. | Foto MDJ Wira Anggara

 

Di sebalik kepiluan atas pemergian insan tersayang di bulan Syawal, Hariati Shariff, 42, menzahirkan rasa bangga terhadap komitmen diberikan suaminya sepanjang berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir Negeri Johor.

 

Balu kepada Allahyarham YM Ungku Mohd Zaffrin Ungku Mohd Zaman, Yang Dipertua Majlis Daerah Tangkak bersyukur dikurniakan suami yang bertanggungjawab dan penyayang terhadap keluarganya.

 

Hariati yang berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir di Pusat Perubatan Univerisiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur juga memberitahu suaminya sentiasa meluangkan masa bersama meskipun terpaksa berjauhan.

 

Anak sulung Allahyarham, YM Ungku Muhamad Nadzim Ungku Muhamad Zaffrin, 15, bersedia memikul amanah membantu ibu menjaga dua adiknya, YM Ungku Muhamad Naufal, 11, dan YM Ungku Arissa Zahra, 10.

 

Beliau sentiasa mengingati kenangan terakhir meraikan Aidilfitri bersama bapanya dan mahu menceburi perkhidmatan awam selepas tamat belajar seperti dihasratkan Allahyarham.

 

Terdahulu, YB Tan Sri Dato’ Dr. Azmi Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor bersama isteri, YBhg. Puan Sri Datin Dr. Hajah Noor Azizah Abdul Latiff menziarahi Hariati sekeluarga sempena Program HELP : Seluhur Kasih Simbiosis Tercipta 2024 di kediamannya, hari ini.

 

Selain menyantuni balu Allahyarham, Setiausaha Kerajaan Johor turut menitipkan pesanan dan menyampaikan sumbangan peribadi serta pelbagai pihak sama ada di peringkat negeri mahupun daerah.

 

Turut hadir, YB Dato’ Ismail Abu, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pengurusan); YB Dato’ Ashari Kasnan, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pembangunan) serta Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi Negeri Johor.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor