KERAJAAN JOHOR PASTIKAN KEMAMPANAN BEKALAN AIR, ELEKTRIK


YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor hadir ke lawatan tapak Pencawang Masuk Utama (PMU) Kota Masai | Foto MDJ Wira Anggara.

 

Kerajaan Negeri komited memastikan kemampanan bekalan air dan elektrik bagi memenuhi keperluan dan kegunaan domestik, komersial dan industri demi menyokong persekitaran ekonomi serta kesejahteraan rakyat di negeri ini.

 

Sehingga kini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) mempunyai kapasiti bekalan elektrik 10,746 Megawatt (MW) jauh lebih tinggi berbanding permintaan maksimum iaitu 2,804 MW yang memanfaatkan pelbagai sektor ekonomi dan keperluan rakyat di Negeri Johor.

 

Ranhill SAJ pula komited melaksanakan 16 projek melibatkan bina baharu dan naik taraf Loji Rawatan Air (LRA) yang berupaya membekalkan tambahan 1,170 juta liter sehari sekali gus meningkatkan rizab kapasiti air bagi menepati ketetapan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

 

Terdahulu, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor mengadakan lawatan kerja berkenaan kemampanan bekalan air dan elektrik di kawasan industri Negeri Johor di Pencawang Masuk Utama (PMU), Kota Masai dan Loji Rawatan Air (LRA) Sultan Iskandar, hari ini.

 

Turut hadir, YB Lee Ting Han, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor serta YB Ir. Ts. Mohamad Fazli Mohamad Saleh, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor