KERAJAAN NEGERI MAHU JOHOR BERSIH JADI BUDAYA, RUTIN

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor terus komited dalam menggembeling segala usaha melibatkan pelbagai lapisan masyarakat bagi menjayakan program Johor Bersih di seluruh negeri ini, termasuklah Segamat.   Bagi tujuan tersebut, Kerajaan Negeri menyampaikan dana berjumlah RM59,000 kepada setiap Ketua Kampung dan RM16,000 bagi Ketua Masyarakat di daerah berkenaan.   Menyempurnakan penyampaian dana tersebut adalah […]

RANHILL SAJ KOMITED BEKAL AIR BERSIH DENGAN SEMPURNA AIDILADHA INI

  ISKANDAR PUTERI — Ranhill SAJ Sdn. Bhd. mengaktifkan pelan tindakan bersepadu bagi memantau secara berterusan dan bertindak balas dengan segera gangguan bekalan air bersih terawat menjelang Aidiladha ini.   Syarikat berkenaan dalam satu kenyataan memaklumkan antara langkah yang diaktifkan adalah memastikan anggota Ranhill SAJ kekal bersedia bertugas dalam tempoh 24 jam.   Selain itu, […]

KERAJAAN NEGERI BINCANG BAGI MENERUSKAN KASIH SURI ASPIRASI KELUARGA JOHOR

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Negeri berhasrat meneruskan Program Kasih Suri Aspirasi Keluarga Johor untuk manfaat peserta eKasih khusus di kalangan golongan miskin dan miskin tegar bagi tahun 2023.   Bagi tujuan tersebut, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Khairin-Nisa Ismail telah mengadakan perbincangan dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Yayasan […]

PELAPORAN, DAPATAN BERKAITAN MODAL INSAN PERLU DIANGKAT KE PERINGKAT MMK

  ISKANDAR PUTERI — Pelaporan dan hasil dapatan berserta cadangan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Modal Insan Negeri Johor pada Selasa, perlu diangkat ke peringkat Kerajaan Negeri untuk diambil tindakan.   Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah berkata, tiga agensi membuat pembentangan dalam mesyuarat itu iaitu […]

JOHOR BERPOTENSI JADI HAB PERKEMBANGAN TEKNOLOGI WILAYAH SELATAN

  ISKANDAR PUTERI — Johor mempunyai potensi besar menjadi hab perkembangan teknologi bagi Wilayah Selatan Semenanjung.   Perkara itu dizahirkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor, Norlizah Noh susulan lawatan kerjanya ke Digital Penang, syarikat berkaitan kerajaan milik Kerajaan Pulau Pinang.   “Hari ini saya mengambil kesempatan untuk mengadakan lawatan kerja ke […]

BRAJ@BATU ANAM TERIMA SAMBUTAN MENGGALAKKAN

  ISKANDAR PUTERI — Penganjuran Bazar Rakyat Agro Johor (BRAJ) diteruskan ke Segamat sebagai usaha Kerajaan membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat melalui penawaran harga berpatutan bagi komoditi terpilih.   Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, Dato’ Zahari Sarip berkata, BRAJ di Segamat yang merupakan siri ke-29 telah dianjurkan […]

KERAJAAN JOHOR TERUS KOMITED SELESAIKAN PROJEK PERUMAHAN SAKIT DAN TERBENGKALAI

  JOHOR BAHRU — Kerajaan Johor beriltizam menyelesaikan projek perumahan dikategorikan sakit dan terbengkalai di negeri ini.   Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Dato’ Mohd Jafni Md Shukor berkata, sebanyak 30 projek sakit dan tujuh projek terbengkalai dikenal pasti dan akan diselesaikan demi kesejahteraan rakyat.   Menurutnya, Kerajaan Negeri sudah berjaya menyelesaikan […]

SYARIKAT PEMAJU HARTANAH MENYUMBANG RM50,000 KEPADA HOSPITAL KULAI

  ISKANDAR PUTERI — Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, dekat Kulai, menerima sumbangan berjumlah RM50,000 daripada syarikat pemaju hartanah, PH World Property.   Selain itu, hospital berkenaan turut menerima penyejuk udara dan kerusi daripada Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon.   Tian Soon memberitahu kehadirannya bagi menyerahkan penyejuk udara yang […]

USAHA KERAJAAN NEGERI BASMI MISKIN TEGAR DITERUSKAN DI JOHOR BAHRU

  ISKANDAR PUTERI — Seramai 449 ketua isi rumah (KIR) di Johor Bahru bakal dibantu oleh Kerajaan Negeri untuk keluar dari kelompok miskin tegar.   Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Khairin-Nisa Ismail berkata, Kerajaan Negeri meneruskan usaha untuk membasmi miskin tegar di negeri ini.   Menurutnya, usaha tersebut dilakukan bersama pelbagai […]

KERAJAAN NEGERI LULUS RM1.7 JUTA BAGI PROGRAM PEMBANGUNAN KOPERASI JOHOR

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor meluluskan peruntukan bagi pembangunan gerakan koperasi di negeri ini, berjumlah RM1.7 juta untuk tahun ini.   Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak RM1.5 juta diperuntukkan untuk program Geran Coop Maju Johor 2023 yang dijangka […]