KOPERASI KOMUNITI HYBRID SELATAN BHD ADA POTENSI ‘GO GLOBAL’

  ISKANDAR PUTERI — Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Johor diminta supaya terus memantau perkembangan Koperasi Komuniti Hybrid Selatan Berhad termasuk membantu perniagaan terbabit menembusi pasaran yang lebih luas.   Ia susulan daripada kejayaan yang ditunjukkan oleh koperasi yang berpangkalan di Kampung Sri Jaya, Tangkak itu yang menjalankan perniagaan ternakan arnab pedaging bagi termasuk dalam […]

AGENDA JOHOR BERSIH BUKAN SEKADAR SLOGAN – MENTERI BESAR

  JOHOR BAHRU — Agenda Johor Bersih yang dilancarkan pada Julai tahun lalu adalah satu agenda serius dan bukan sekadar slogan atau ‘one-off’ semata-mata.   Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata Kerajaan Negeri di bawah pimpinannya tidak akan bekerja secara ‘hangat-hangat tahi ayam’ tetapi sebaliknya akan sedaya upaya menyelesaikan segala permasalahan yang berlaku […]

AMBIL TINDAKAN TEGAS TERHADAP DALANG PEMBUANGAN SAMPAH HARAM

  ISKANDAR PUTERI — Tindakan undang-undang lebih tegas perlu dikenakan terhadap pemilik tanah dan individu membuang sampah selain melakukan pembakaran terbuka di tapak pelupusan haram Mukim Pulai, Ulu Choh, dekat sini.   Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Iskandar, Datuk Pandak Ahmad berkata, pihak berkuasa juga disarankan untuk memagar kawasan terbabit daripada terus diceroboh dan […]

MBIP, JPS NEGERI JOHOR JALIN USAHA SAMA

  ISKANDAR PUTERI — Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Johor, semalam.   MoU itu ditandatangani oleh Datuk Bandar MBIP, Dato’ Mohd Haffiz Ahmad dan Timbalan Pengarah (Pembangunan) JPS Negeri Johor, Mohamad Asnawi Sulaiman.   Menyaksikan pemeteraian MoU itu adalah Setiausaha MBIP, Khasanah Sufa’at dan […]

500 JEMAAH LAKSANA SOLAT HAJAT DI MJBBU SEMALAM

  JOHOR BAHRU — Masjid Jamek Bandar Baru UDA (MJBBU) menyahut saranan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) untuk mengadakan Solat Hajat selepas Solat Fardu Jumaat, semalam.   Difahamkan, kira-kira 500 jemaah menunaikan Solat Hajat tersebut seterusnya bersama bermunajat kepada Allah SWT.   Pengerusi MJBBU, Md Burhanuddin Tibek berkata, pihak jawatankuasa masjid dan keseluruhan kariah […]

PELAJAR UTHM SANTUNI GELANDANGAN BATU PAHAT

  ISKANDAR PUTERI — Seramai 37 pelajar dari Kursus Kokurikulum Berkredit Pembimbing Rakan Sebaya, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menyantuni golongan gelandangan di sekitar bandar Batu Pahat melalui program Sentuhan Kasih Gelandangan.   Sebanyak 30 bungkusan makanan telah diedarkan kepada golongan terbabit melibatkan beberapa lokasi antaranya terminal bas dan jalan-jalan di sekitarnya terutama di […]

TAMBAH BAIK GARIS PANDUAN, TINDAKAN BERKAITAN LESEN HIBURAN

  ISKANDAR PUTERI — Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Johor bersama Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor mengadakan Bengkel Penambahbaikan Garis Panduan Lesen Hiburan Negeri Johor Tahun 2023 pada 30 dan 31 Mei lalu.   Bengkel itu diadakan bagi mewujudkan platform perbincangan secara komprehensif bersama jabatan dan agensi Kerajaan Negeri serta Kerajaan Persekutuan yang terlibat secara langsung […]

AKTIFKAN LALUAN KONTRA BAGI KELANCARAN BSI, KSAB

  ISKANDAR PUTERI — Pengurusan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) serta Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) diminta mempertimbangkan pembukaan laluan kontra.   Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, laluan kontra itu khusus bagi pengembara menggunakan laluan pejalan kaki dan pengangkutan awam terutama ketika musim cuti sekolah atau […]

HAYATI PESANAN KHUTBAH JUMAAT – MENTERI BESAR JOHOR

ISKANDAR PUTERI –– Khutbah Jumaat minggu ini yang menyentuh tentang kewajipan memelihara amanah mendapat perhatian dari Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.   Onn Hafiz berkata, Khalifah yang diberi amanah oleh Allah wajib mempunyai rasa tanggungjawab terhadap setiap perkara yang dilakukan.   “Semoga kita semua menghayati pesanan Mimbar, iaitu sebagai seorang Khalifah yang diberi […]

“POTONG BARISAN, PATAH BALIK KE SINGAPURA” – MENTERI BESAR JOHOR

ISKANDAR PUTERI –– Kenderaan yang memotong barisan untuk memasuki Malaysia akan diarah berpatah balik ke Singapura, tegas Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.   Onn Hafiz turut menghargai anggota trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bertugas mengawal kesesakan lalu lintas di laluan keluar masuk Malaysia-Singapura.   “Terima Kasih PDRM yang bertugas mengawal kesesakan trafik […]