IDO PERKASA AKSESIBILITI GOLONGAN OKU


Petak tempat letak kenderaan khas OKU dan ‘ramp’ diwujudkan bagi memudahkan pergerakan golongan orang kurang upaya (OKU). | Foto MDJ Liyana Iwana

 

Kerajaan Johor melaksanakan inisiatif meningkatkan aksesibiliti dan mobiliti orang kurang upaya (OKU) dengan menyediakan kemudahan asas petak letak kenderaan OKU dan ‘ramp’ di Rumah Pangsa Larkin.

 

Usaha murni tersebut disempurnakan oleh Institut Dato’ Onn (IDO) menerusi Onn Leadership Accelerator (OLA) yang julung kali diadakan untuk memberikan sokongan praktikal dalam membantu golongan OKU.

 

Program Kesedaran OKU dirasmikan oleh Pengarah IDO, Mohd Gadaffie Abd Aziz ini merupakan sebahagian daripada Modul Kepimpinan Cohort 1 dalam OLA yang memerlukan peserta mengenal pasti isu dihadapi masyarakat setempat.

 

Selain itu, inisiatif ini dijangka diteruskan di PPR Taman Desa Mutiara dengan kerjasama agensi seperti Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor (PKPJ) dan Pihak Berkuasa Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA).

 

OLA merupakan cetusan idea Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi bagi melatih bakat kemahiran kepimpinan belia Johor serta platform menimba pengetahuan dan pengalaman sebagai persediaan kemenjadian pemimpin masa depan.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor