KERAJAAN NEGERI BAKAL TUBUHKAN RMMJ DI RENGGAM

  ISKANDAR PUTERI — Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) di Renggam akan dibina bagi memenuhi keperluan perumahan rakyat Johor di sekitar Simpang Renggam.   Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Dato’ Mohd Jafni Md Shukor, berkata pihaknya telah menubuhkan sebuah jawatankuasa RMMJ Renggam bersama beberapa agensi Kerajaan.   “Saya juga turut mempengerusikan mesyuarat […]

HAB KEMAHIRAN JOHOR DIJANGKA SIAP FEBRUARI 2024

  ISKANDAR PUTERI — Hab Kemahiran Johor yang dibangunkan bagi meningkatkan bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) terletak di Jalan Kulai-Kota Tinggi dijangka siap sepenuhnya pada Februari tahun hadapan.   Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor, Norlizah Noh berkata, dengan pengoperasian hab berkenaan kelak, Johor dapat menjadi peneraju bidang TVET di […]

JOHOR SEDIA JADI LOKASI RANGKAIAN SUPERCHARGER TESLA

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Negeri menzahirkan kesediaan dan potensi Johor menjadi lokasi penubuhan rangkaian pengecas ‘supercharger’ Tesla.   Kesediaan tersebut dizahirkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi ketika mengadakan pertemuan dan perbincangan bersama Pengarah Wilayah Tesla, Isabel Fan.   “Ekosistem yang kondusif serta pengukuhan polisi Kerajaan yang menekankan peralihan kepada teknologi hijau, […]

PENGUSAHA TANAMAN PISANG KOA SEGAMAT KECIL TERIMA BANTUAN PASCA BANJIR

  SEGAMAT — Pekebun kecil mengusahakan tanaman pisang dari Kampung Orang Asli (KOA) yang terjejas akibat banjir pada Mac lalu, mengukir senyuman selepas menerima bantuan daripada Kerajaan Johor.   Hairi Din, 23, menerima bantuan 500 benih pisang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, Dato’ Zahari Sarip ketika […]

RM1.6 BILION PERUNTUKAN RANCANGAN TEBATAN BANJIR JOHOR

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM1.6 bilion bagi pelaksanaan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Negeri Johor. Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, peruntukan melalui Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim (NRECC) itu bagi penyelesaian jangka masa panjang masalah banjir itu melibatkan Lembangan Sungai Muar, Segamat, Lembangan Sungai Johor, Kota […]

PERTANDINGAN TARIAN SILANG BUDAYA NEGERI JOHOR, BAWA KEUNIKAN BAHARU

    ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Negeri Johor buat pertama kalinya menganjurkan Pertandingan Tarian Silang Budaya Peringkat Negeri Johor 2023 bagi membawakan keunikan baharu dalam kebudayaan di negeri ini.   Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon, berkata penganjuran ini akan menampilkan adat resam pelbagai budaya dalam setiap kumpulan yang menyertai pertandingan […]

JPNJ TERUS KOMITED PERKASA BIDANG TVET

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor memberikan sokongan terhadap usaha pemerkasaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dilakukan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ).   Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor, Norlizah Noh berkata, pelbagai input baharu diterimanya mengenai gerak kerja JPNJ bagi menjayakan hasrat tersebut.   “Antara fokus dan gerak kerja […]

#BeritaMDJ | CADANG ELAUN TOK BATIN DI DALAM BELANJAWAN JOHOR 2024

  SEGAMAT — Kerajaan Negeri Johor bercadang untuk memasukkan pemberian elaun khas tok batin masyarakat Orang Asli di negeri ini di dalam Belanjawan Johor 2024 akan datang.   Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, Dato’ Zahari Sarip, berkata elaun khas daripada Kerajaan Negeri akan membantu tok batin di negeri […]

PERUNTUKAN RM4.5 BILION UNTUK 496 PROJEK PEMBANGUNAN DI JOHOR

  ISKANDAR PUTERI –– Sebanyak RM4.5 bilion diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk 496 projek pembangunan di Negeri Johor.   Berita baik itu dimaklumkan oleh Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang turut merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan.   “Kerajaan Negeri juga ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana telah meluluskan 496 projek dengan […]

PEMIMPIN SETEMPAT BERPERANAN PENTING PASTIKAN PENEROKA FAHAM VISI, MISI FELDA

  ISKANDAR PUTERI — Pemimpin setempat mempunyai peranan signifikan dalam memastikan agenda FELDA bergerak selari dengan hasrat Kerajaan.   Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor, Norlizah Noh berkata, hubungan baik antara peneroka, FELDA dan Kerajaan penting bagi menjayakan perkara tersebut.   “Peranan penting pemimpin setempat dalam memastikan agenda FELDA bergerak seiring dengan hasrat […]