SDG PACU JOHOR MENJADI NEGERI MAJU DAN MAMPAN

    ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor berazam menjayakan agenda Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) demi menjadikan Johor sebuah negeri maju dan mampan.   Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2023 Wilayah Selatan di negeri ini, merupakan inisiatif menggalakkan pembangunan mampan oleh Kerajaan Negeri, rakan perniagaan dan komuniti.   “Kerajaan […]

PENERIMA BANTUAN YSIJ SYUKUR TERIMA SUMBANGAN

  KULAI — Seorang penerima bantuan Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) merakamkan kesyukuran atas sumbangan diterima sempena Kembara Mahkota Johor 2023.   Abdul Karim Wan Mohamad, 63, yang menghidap Myasthenia Gravis merupakan salah seorang daripada lima enerima bantuan YSIJ disampaikan YAM Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim di Kompleks Penghulu Mukim […]

PESANAN PERMAISURI JOHOR JADI PEMBAKAR SEMANGAT

  PONTIAN –– Pesanan DYMM Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah bukan sahaja menjadi pedoman tetapi juga azimat pembakar semangat kepada seorang penggiat seni kraf di Perusahaan Daya Kraf Pontian untuk menghasilkan produk kraf tangan unik dan berkualiti.   Itulah yang dialami Penggiat Seni Kraf, El-Nurshafiq Mokhyin, 29, berkata titah Baginda […]

KUIH GANDOS SAJIAN TRADISI MASYARAKAT JAWA

    MUAR — Rasa enak jika dimakan bersama sambal tumis atau sambal hijau, kuih gandos terus menjadi sajian istimewa masyarakat Jawa turun temurun.   Kuih tradisi diperbuat daripada tepung gandum atau tepung beras berserta garam, kelapa parut, air itu menjadi perhatian dalam Kembara Mahkota Johor 2023.   Pembuatan kuih gandos diberikan tempat untuk dipersembahkan […]

SENYUMAN DYAM TMJ, PADUKA ADINDA JADI PEMBAKAR SEMANGAT

  BATU PAHAT –– “Alhamdulillah, kami perasan DYAM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim dan Paduka Adinda tersenyum melihat gelagat persembahan kami dan itu umpama satu penghargaan terbesar untuk kami,” kata Penyelia Persembahan Kebudayaan, Mohd Faizal Abas.   Mohd Faizal berkata, ia sekali gus memadam rasa gementar dalam diri pasukannya yang hanya mempunyai […]

2,023 BETTA PERSEPHONE DILEPASKAN

  MUAR — Sebanyak 2,023 ekor ikan Betta Persephone dilepaskan di tapak konservasi ikan di Hutan Taman Negeri Ayer Hitam Utara sempena Kembara Mahkota Johor 2023.   Terdahulu, DYAM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim telah berkenan menerima taklimat dan menyempurnakan pelepasan ikan laga berkenaan di lokasi itu.   Pengarah Perikanan Negeri Johor, […]

SPESIS BAHARU PERIUK KERA DINAMAKAN SEMPENA NAMA SULTAN JOHOR

  MUAR — Spesis baharu periuk kera ditemui di Hutan Taman Negeri Ayer Hitam Utara, di sini, secara rasmi dinamakan Nepenthes x sultan-ibrahimii sempena nama DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.   Pengarah Perhutanan Negeri Johor, Dato’ Salim Aman berkata, nama baharu bagi periuk kera spesis ‘cross hibrid’ antara Nepenthes Mirabilis dan […]

GUGUP DAPAT PEGANG TANGAN DYAM TMJ

  TANGKAK –– Seorang penggiat seni kalifgrafi Cina bagaikan tidak percaya apabila diberikan peluang untuk DYAM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim menghasilkan lukisan bermotifkan kaligrafi Cina pada hari ketiga Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2023 di Kampung Sawah Ring di sini, hari ini.   Lee Chin Chok, 72, berkata perasaannya bercampur baur antara […]

TERPESONA DENGAN KESANTUNAN PUTERA SULTAN JOHOR

    KLUANG — Menyahut permintaan Putera Sultan Johor melakukan demonstrasi sukan memanah tradisional menjadi kenangan tidak akan dilupakan buat Qhidir Fiqri Shah Ahmad Shah, 33.   Beliau yang juga Timbalan Presiden Kelab Sukan Memanah Tradisional Kluang (KOMTRA) akui berasa gemuruh apabila diminta untuk berbuat sedemikian.   “Tunku (Panglima Johor) secara spontan meminta untuk menunjukkan […]

DEMONSTRASI KUTIP BENIH POKOK HUTAN TARIKAN DI SUNGAI BANTANG

  SEGAMAT — Taman Eko Rimba Sungai Bantang, dekat Labis, di sini, menjadi destinasi ketiga dikunjungi rombongan Kembara Mahkota Johor 2023 bagi hari kedua.   DYAM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim yang mengetuai rombongan berkenan untuk berangkat ke lokasi berkenaan.   Berangkat sama, YAM Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni […]