DUA LALUAN DI MERSING DITUTUP UNTUK SEMUA KENDERAAN

  ISKANDAR PUTERI — Dua laluan di daerah Mersing menjadi laluan terbaharu ditutup untuk semua kenderaan berikutan kejadian banjir melanda di negeri ini.   Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Johor dalam laporan jam 4 petang memaklumkan dua laluan tersebut adalah Jalan Nitar Timur-Pengkalan Batu (FT1425) dan Jalan Tanah Abang (J228) menjadikan keseluruhan lima laluan ditutup […]

TABURAN HUJAN TINGGI MELANDA JOHOR

  ISKANDAR PUTERI — Cuaca hujan lebat yang berterusan melanda Johor sejak awal minggu ini turut menyaksikan taburan hujan yang agak tinggi berbanding tahun sebelumnya. Mengikut data yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Johor mendapati tiga daerah iaitu Kulai, Muar dan Tangkak mengalami taburan hujan luar biasa berbanding tempoh sama dalam tiga […]

MANGSA BANJIR MENINGKAT KEPADA LEBIH 4,000 ORANG

  ISKANDAR PUTERI — Jumlah mangsa banjir di enam daerah di Negeri Johor terus meningkat kepada 1,164 keluarga terdiri 4,207 penduduk.   Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Johor dalam laporan jam 2 petang memaklumkan sebanyak 45 pusat pemindahan sementara (PPS) beroperasi bagi menempatkan kesemua mangsa.   PPS SK Bandar Penawar, SK Gembut di Kota Tinggi; […]

DUA PPS BAHARU DIBUKA, BEROPERASI DI MUAR

  ISKANDAR PUTERI — Muar menjadi daerah terbaru dilaporkan dilanda banjir dengan dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka dan beroperasi.   Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Johor dalam laporan jam 12 tengah hari, memaklumkan dua PPS tersebut iaitu Dewan Serbaguna FELDA Gugusan Maokil dan SK LKTP FELDA Maokil 2 dibuka jam 10 pagi tadi.   […]

JDT MAHU PAMER TAHAP TERTINGGI DALAM AKSI PRA-MUSIM

  ISKANDAR PUTERI — Persiapan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi menghadapi perlawanan persahabatan pra-musim 2023 di Dubai, dalam keadaan sangat baik, kata Pengurus merangkap Ketua Jurulatihnya, Esteban Solari.   Menurut beliau, barisan kejurulatihan telah bertemu dengan setiap pemain secara individu untuk membuat penilaian keadaan fizikal dan memahami posisi bersesuaian di atas padang.   […]

INOVASI PENAPIS AIR BAWAH TANAH UTHM BANTU PENDUDUK LUAR BANDAR

  ISKANDAR PUTERI — Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bukan sahaja terus ke hadapan dalam bidang pendidikan tinggi negara tetapi juga sentiasa mempelopori usaha dalam membantu pembangunan masyarakat. Ia dapat dibuktikan apabila inisiatif yang dilaksanakan oleh universiti awam yang berpangkalan di Batu Pahat, Johor itu banyak memberi manfaat kepada masyarakat dan terbaharu ialah produk […]

DAERAH TERJEJAS BANJIR TIDAK BERUBAH

  ISKANDAR PUTERI — Jumlah mangsa banjir terkini meningkat hampir 200 orang menjadikan 3,803 penduduk di lima daerah yang terjejas di Negeri Johor.   Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Johor dalam laporan jam 10 pagi memaklumkan daerah yang terjejas tidak berubah iaitu Kota Tinggi, Kluang, Segamat, Mersing dan Batu Pahat.   Bagaimanapun, jumlah keluarga terjejas […]

MENJAYAKAN JOHOR BERSIH MELIBATKAN SEMUA BANGSA JOHOR

  ISKANDAR PUTERI — Usaha menjayakan Johor yang bersih bukan hanya melibatkan sektor kerajaan negeri seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), kata Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.   Sebaliknya, beliau memberitahu usaha tersebut memerlukan kerjasama dan peranan semua Bangsa Johor termasuk pihak swasta untuk memastikan tiada sampah sarap di kawasan masing-masing.   “Kerajaan negeri […]

LIMA DAERAH TERJEJAS, ANGKA MANGSA BANJIR BERTAMBAH

  ISKANDAR PUTERI — Jumlah mangsa banjir di Negeri Johor melonjak kepada lebih 3,000 orang susulan lima daerah terjejas setakat ini.   Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Johor dalam laporan jam 8 pagi memaklumkan dua daerah terbaru yang terjejas adalah Mersing dan Batu Pahat, selepas tiga daerah terdahulu iaitu Kota Tinggi, Kluang serta Segamat.   […]

BANJIR JOHOR : TIGA PPS BAHARU DIBUKA, BEROPERASI

  ISKANDAR PUTERI — Tiga lagi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) baharu dibuka di daerah Kluang dan Kota Tinggi bagi menempatkan tambahan mangsa banjir.   Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Johor dalam laporan jam 8 malam memaklumkan tiga PPS tersebut adalah Balairaya Kampung Bentong dan Balairaya Kampung Muhibbah Paloh di Kluang serta Dewan Muafakat Taman Desaru […]