JDT MAHU PAMER TAHAP TERTINGGI DALAM AKSI PRA-MUSIM

  ISKANDAR PUTERI — Persiapan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi menghadapi perlawanan persahabatan pra-musim 2023 di Dubai, dalam keadaan sangat baik, kata Pengurus merangkap Ketua Jurulatihnya, Esteban Solari.   Menurut beliau, barisan kejurulatihan telah bertemu dengan setiap pemain secara individu untuk membuat penilaian keadaan fizikal dan memahami posisi bersesuaian di atas padang.   […]

INOVASI PENAPIS AIR BAWAH TANAH UTHM BANTU PENDUDUK LUAR BANDAR

  ISKANDAR PUTERI — Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bukan sahaja terus ke hadapan dalam bidang pendidikan tinggi negara tetapi juga sentiasa mempelopori usaha dalam membantu pembangunan masyarakat. Ia dapat dibuktikan apabila inisiatif yang dilaksanakan oleh universiti awam yang berpangkalan di Batu Pahat, Johor itu banyak memberi manfaat kepada masyarakat dan terbaharu ialah produk […]

DAERAH TERJEJAS BANJIR TIDAK BERUBAH

  ISKANDAR PUTERI — Jumlah mangsa banjir terkini meningkat hampir 200 orang menjadikan 3,803 penduduk di lima daerah yang terjejas di Negeri Johor.   Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Johor dalam laporan jam 10 pagi memaklumkan daerah yang terjejas tidak berubah iaitu Kota Tinggi, Kluang, Segamat, Mersing dan Batu Pahat.   Bagaimanapun, jumlah keluarga terjejas […]

MENJAYAKAN JOHOR BERSIH MELIBATKAN SEMUA BANGSA JOHOR

  ISKANDAR PUTERI — Usaha menjayakan Johor yang bersih bukan hanya melibatkan sektor kerajaan negeri seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), kata Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.   Sebaliknya, beliau memberitahu usaha tersebut memerlukan kerjasama dan peranan semua Bangsa Johor termasuk pihak swasta untuk memastikan tiada sampah sarap di kawasan masing-masing.   “Kerajaan negeri […]

LIMA DAERAH TERJEJAS, ANGKA MANGSA BANJIR BERTAMBAH

  ISKANDAR PUTERI — Jumlah mangsa banjir di Negeri Johor melonjak kepada lebih 3,000 orang susulan lima daerah terjejas setakat ini.   Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Johor dalam laporan jam 8 pagi memaklumkan dua daerah terbaru yang terjejas adalah Mersing dan Batu Pahat, selepas tiga daerah terdahulu iaitu Kota Tinggi, Kluang serta Segamat.   […]

BANJIR JOHOR : TIGA PPS BAHARU DIBUKA, BEROPERASI

  ISKANDAR PUTERI — Tiga lagi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) baharu dibuka di daerah Kluang dan Kota Tinggi bagi menempatkan tambahan mangsa banjir.   Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Johor dalam laporan jam 8 malam memaklumkan tiga PPS tersebut adalah Balairaya Kampung Bentong dan Balairaya Kampung Muhibbah Paloh di Kluang serta Dewan Muafakat Taman Desaru […]

KERAJAAN JOHOR PANTAU SITUASI BANJIR DEMI KESELAMATAN RAKYAT

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor akan terus memantau perkembangan situasi banjir di negeri ini, terutama melibatkan kawasan yang dinaiki air.   Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, keselamatan rakyat menjadi keutamaan kerajaan negeri pimpinannya dan tindakan terbaik akan dilakukan bagi memastikan keadaan kekal terkawal pada setiap masa.   “Saya akan memantau operasi […]

AMARAN BANJIR DI MERSING ESOK

  ISKANDAR PUTERI — Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) sebentar tadi mengeluarkan amaran banjir bagi negeri Johor membabitkan daerah Mersing. Amaran banjir yang dikeluarkan pada jam 5.30 petang itu adalah susulan Amaran Hujan Berterusan (Bahaya) yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) hari ini berdasarkan simulasi […]

EXCO KERAJAAN JOHOR TINJAU PPS, SANTUNI MANGSA BANJIR

  ISKANDAR PUTERI — Kejadian banjir melanda di tiga daerah di Negeri Johor, mendapat perhatian daripada pemimpin kerajaan negeri yang telah mengadakan lawatan di pusat pemindahan sementara (PPS).   Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya Negeri Johor, K. Raven Kumar mengunjungi PPS SMK Seri Perdana dan PPS SJKC Ping Ming di Kluang.   […]

JUMLAH MANGSA BANJIR TERUS MENINGKAT

  ISKANDAR PUTERI — Jumlah mangsa banjir di tiga daerah di Negeri Johor terus menunjukkan peningkatan dengan pertambahan pusat pemindahan sementara (PPS).   Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Johor dalam laporan setakat jam 4 petang, memaklumkan statistik kejadian banjir menunjukkan trend meningkat.   Sehingga kini, sebanyak 298 keluarga terdiri daripada 1,093 penduduk terjejas dalam kejadian […]