CHILD SUPPORT TEAM JOHOR MEMBELA KANAK-KANAK


Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Khairin Nisa Ismail hari ini menghadiri mesyurat pelarasan Child Support Team Negeri Johor yang bertujuan membincangkan mengenai hal ehwal kanak-kanak / Gambar Ihsan Khairin Nisa Ismail.

 

ISKANDAR PUTERI — Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Khairin Nisa Ismail hari ini menghadiri mesyurat pelarasan Child Support Team Negeri Johor.

Ia bertujuan membincangkan mengenai hal ehwal kanak-kanak terutama mengenai isu yang timbul sejak kebelakangan ini serta mencari langkah pemerkasaan kualiti dalam menjaga kebajikan golongan berkenaan di negeri ini.

“Untuk makluman, Child Support Team ini adalah pasukan yang ditubuhkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor bagi melindungi hak dan kebajikan kanak-kanak di negeri ini.

“Ia juga turut berfokuskan kepada komuniti bagi meningkatkan tanggungjawab masyarakat untuk mendapatkan persekitaran yang selamat dan kondusif kepada kanak-kanak,” katanya dalam hantar di laman Facebook rasminya hari ini.

Hadir sama ialah Pengarah JKM Johor, Mohamad Hapil dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kanak-Kanak dan Perintah Khidmat Masyarakat JKM Johor, Normawarni Mahat.

Khairin Nisa yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serom berkata, Kerajaan Negeri sentiasa cakna dan mengambil berat dalam menjaga kebajikan rakyat secara keseluruhan khususnya membabitkan golongan kanak-kanak.

“Saya berharap dengan penubuhan Child Support Team Johor ini akan dapat menjadikan Johor mempunyai suasana persekitaran yang lebih selamat dan kondusif bagi kanak-kanak membesar pada masa akan datang,” katanya.

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor