GERAK KERJAYA MYFUTUREJOBS @ SEGAMAT TERIMA SAMBUTAN LUAR BIASA


Gerak Kerjaya MYFutureJobs @ Segamat 2024 yang berlangsung baru-baru ini merupakan anjuran Unit Strategik Modal Insan Johor (SMI). | Foto MDJ Nurina Aisyah

 

Kerajaan Negeri melalui Unit Strategik Modal Insan Johor (SMI) terus komited dalam menyediakan peluang pekerjaan terutama kepada warga Segamat menerusi Gerak Kerjaya MYFutureJobs @ Segamat 2024.

 

Seramai 676 pemohon telah ditemuduga berdasarkan 3,293 jawatan kosong yang ditawarkan bermula jam 9 pagi sehingga 4 petang dalam program tersebut berlangsung sempena Jelajah Orang Muda Johor @ Segamat 2024.

 

Sebanyak 14 majikan menyertai program dengan tawaran pekerjaan pelbagai bidang dalam sektor swasta. Untuk rekod, tiga majikan mencatatkan pengambilan pekerja tertinggi iaitu Samurai 2K Aerosol Sdn. Bhd., 99 Speedmart Sdn. Bhd. dan Seaco, Monash University Malaysia.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor