HECTOR BIDOGLIO KEMBALI BIMBING JDT


Hector Bidoglio sebelum ini merupakan ketua jurulatih JDT dari Julai hingga November 2022 sebelum menjadi pengarah teknikal kelab dan penasihat pasukan utama. Foto Johor Southern Tigers.

 

Selepas mengumumkan pelepasan Esteban Solari, Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengesahkan kembalinya Hector Bidoglio sebagai ketua jurulatih Harimau Selatan.

 

Ketua Pegawai Eksekutif JDT, Alistair Edwards memaklumkan Hector akan dibantu oleh Pablo Ricchetti, yang juga penolong jurulatih musim lepas.

 

Selain itu, beliau turut akan dibantu penolong jurulatih baharu dari Argentina selain beberapa jurulatih termasuk kakitangan kecergasan dan perubatan serta Aidil Zafuan Abd Radzak.

 

Untuk rekod, Hector sebelum ini merupakan ketua jurulatih JDT dari Julai hingga November 2022 sebelum menjadi pengarah teknikal kelab dan penasihat pasukan utama.

 

Beliau telah membimbing Harimau Selatan menjadi juara dalam Liga Super Malaysia, Piala Malaysia dan Piala FA pada tahun lalu.

 

Untuk musim hadapan, JDT akan melakukan penstrukturan kewangan melibatkan pengurangan perbelanjaan sehingga 40 peratus demi kelangsungan jangka panjang.

 

#SukanMDJ
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor