JPJ LAKSANA OPS OKIM

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor semalam mengambil tindakan mengeluarkan 11 notis terhadap pemilik kenderaan belajar memandu yang didapati melanggar spesifikasi kenderaan yang ditetapkan / Gambar Ihsan JPJ Johor.

JOHOR BAHRU –– Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor semalam mengambil tindakan mengeluarkan 11 notis terhadap pemilik kenderaan belajar memandu yang didapati melanggar spesifikasi kenderaan yang ditetapkan.

Dalam OPS OKIM di sebuah institut sekolah memandu di daerah ini turut menjalankan pemeriksaan terhadap 56 kenderaan yang digunakan untuk tujuan latihan memandu.

Daripada 56 kenderaan terbabit, enam daripadanya diambil tindakan kerana kesalahan lampu brek tidak berfungsi dan tayar kenderaan tidak diselenggara.

JPJ Johor memandang serius perkara ini dan orang ramai boleh mengajukan sebarang aduan trafik ke aplikasi e-Aduan@jpj atau http://jpj.spab.gov,my beserta butiran pengadu dan aduan.

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor