OPS PEMASANGAN AMBAI HARAM TANPA LESEN


Unit Perlindungan Perikanan Batu Pahat dan Pejabat Perikanan Daerah Segamat baru-baru ini merampas dan merobohkan satu unit ambai haram yang dipasang di Sungai Muar / Gambar Ihsan Jabatan Perikanan Johor.

 

SEGAMAT — Unit Perlindungan Perikanan Batu Pahat dan Pejabat Perikanan Daerah Segamat baru-baru ini merampas dan merobohkan satu unit ambai haram yang dipasang di Sungai Muar.

Dalam operasi yang dilaksanakan pada jam 10.30 pagi hingga 1 tengah hari itu bertujuan memantau pemasangan ambai haram tanpa lesen.

Pada operasi itu, satu unit ambai haram yang dipasang di Sungai Muar berhampiran Segamat telah ditahan dan dirobohkan kerana didapati tidak memiliki lesen.

Kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 11 (3)(b) Akta Perikanan 1985 iaitu dibawah kawalannya atau milikannya peralatan menangkap ikan tanpa lesen.

Jabatan Perikanan Negeri Johor sentiasa komited dalam memastikan kelestarian dan kemampanan sumber perikanan di perairan Johor sentiasa terpelihara.

Untuk rekod, ambai adalah sejenis peralatan menangkap ikan seperti tangguk dan lukah yang dipasang untuk menangkap ikan dan udang terutama di kawasan air tawar seperti sungai.

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor