JUMLAH MANGSA BANJIR DI TIGA DAERAH MENINGKAT


Pihak bomba menyelamat dan memindahkan mangsa ke pusat pemindahan sementara sebagai langkah keselamatan | Sumber Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor.

 

ISKANDAR PUTERI — Jumlah keluarga dan penduduk terjejas susulan kejadian banjir di negeri ini, meningkat dengan pertambahan dua lagi pusat pemindahan sementara (PPS) beroperasi.

 

Dua PPS baharu yang dibuka adalah PPS Dewan Serbaguna Kampung Orang Asli (KOA) Segamat Kecil dan PPS Balairaya Kampung Seberang Batu Badak di daerah Segamat

 

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Johor dalam laporan memaklumkan setakat jam 2 petang, sebanyak 120 keluarga dengan 422 penduduk terjejas dalam kejadian banjir di Kota Tinggi, Kluang dan Segamat.

 

PPS Dewan Serbaguna KOA Segamat Kecil menempatkan 41 keluarga terdiri daripada 99 penduduk dari KOA Segamat Kecil. Manakala PPS Balairaya Kampung Seberang Batu Badak pula menempatkan lima keluarga terdiri daripada 17 penduduk.

 

Dalam laporan jam 1 petang tadi, JPBN Johor memaklumkan sebanyak 74 keluarga terdiri daripada 298 penduduk ditempatkan di enam PPS di Kota Tinggi, Kluang dan Segamat.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor