KEM OLAHRAGA JOHOR TERUS CIPTA REKOD BAHARU KEJOHANAN

Kontinjen Olahraga Johor terus mencipta ‘sensasi’ pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026 apabila berjaya meraih pingat emas menerusi acara 4×100 meter lelaki di Stadium Universiti Putra Malaysia (UPM)
#Serdang, Selangor – Kontinjen Olahraga Johor terus mencipta ‘sensasi’ pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026 apabila berjaya meraih pingat emas menerusi acara 4×100 meter lelaki di Stadium Universiti Putra Malaysia (UPM), hari ini.
Kuartet Johor yang dibarisi Danish Iftikhar Muhammad Roslee, Muhamad Airiel Iskandar Rusli, Adam Harith Hairulaydel dan Mohamad Haziq Ilmani Osman mencatatkan masa 39.46 saat.
Pencapaian itu sekali gus mencipta Rekod Baharu Kejohanan (RBK) dan memadamkan rekod terdahulu yang mampu selama 16 tahun yang dicipta kuarter Melaka dengan catatan masa 39.89 saat pada SUKMA Sarawak 2016.
Kejayaan tersebut disifatkan sebagai sesuatu yang tidak dijangka oleh kuartet berkenaan, sebaliknya ia dianggap sebagai rezeki daripada Allah SWT hasil kepercayaan dan kerjasama erat antara setiap ahli pasukan terutama ketika membuat persiapan menghadapi cabaran SUKMA kali ini.
Sementara itu, kuartet 4×100 meter perempuan Johor yang dibarisi Nur Zalifah Halisya A. Halim, Mis’ezatul Shafieqa Sapawi, Varshini A/P Sasidharan dan Maizurah Safree turut menempatkan diri mereka di kedudukan podium dengan menyumbang pingat gangsa selepas mencatat masa 47.24 saat.
Sehingga hari ini, kem olahraga Johor telah menyumbang empat pingat emas, tiga pingat perak dan dua pingat gangsa kepada Kontinjen Johor dan akan meneruskan lagi cabaran dalam beberapa acara yang dijadualkan berlangsung esok.
#JohorSafeZone
#SUKMAXXII
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor


