KEMPEN DERMA DARAH BERGERAK UNTUK WARGA JOHOR


Jabatan Perubatan Transfusi Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) komited menjalankan operasi Kempen Derma Darah. | Sumber foto: Facebook Jadual Kempen Derma Darah Johor Bahru.

 

ISKANDAR PUTERI — Jabatan Perubatan Transfusi Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) akan mengadakan Kempen Derma Darah Bergerak bermula 20 hingga 22 Mei ini.

 

Dalam kenyataan di laman sosial Facebook rasminya, HSAJB menjelaskan kempen ini akan dilaksanakan di Bestmart Nusa Bestari pada 20 Mei, diikuti 21 Mei di AEON Mall Kulaijaya manakala 22 Mei di Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), Bandar Medini.

 

“Kempen Derma Darah Bergerak sepanjang tiga hari berturut-turut ini akan mula beroperasi dari jam 10 pagi hingga 3 petang.

 

“Bukan itu sahaja, HSAJB juga menjalankan kempen derma darah di Mid Valley Southkey setiap Jumaat hingga Khamis dari jam 10 pagi hingga 6.30 petang,” jelas kenyataan berkenaan.

 

Pada masa sama, pengoperasian di Pusat Pendermaan Darah HSAJB tetap dijalankan iaitu pada Ahad hingga Rabu dari jam 8 pagi hingga 4.30 petang.

 

“Bagaimanapun, operasi pada setiap hari Khamis hanya akan dilaksanakan dari jam 8 pagi hingga 2.30 petang sahaja.

 

“Justeru, HSAJB menyeru Bangsa Johor untuk turut sama tampil membantu pesakit-pesakit yang memerlukan sumbangan darah bagi kelangsungan nyawa dan kesihatan mereka,” katanya.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor