KPDN JOHOR SAHKAN TIADA ISU KEKURANGAN BEKALAN DI PASIR GUDANG


KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor mengesahkan bekalan barang keperluan seperti gula, minyak masak, tepung dan telur masih ada malah mudah diperolehi di sekitar Pasir Gudang.

 

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor mengesahkan bekalan barang keperluan seperti gula, minyak masak, tepung dan telur masih ada malah mudah diperolehi di sekitar Pasir Gudang selepas mengambil inisiatif dan tindakan proaktif dengan melakukan pemantauan dan pemeriksaan di beberapa pasar raya.

Dalam satu kenyataan, KPDN Johor memaklumkan pemantauan dan pemeriksaan yang turut dilaksanakan di seluruh negeri ini, juga memberikan tumpuan kepada semua peringkat rantaian pengedaran melibatkan pengilang, pemborong serta peruncit. Sehingga kini, tiada aduan rasmi diterima terhadap isu gangguan kekurangan bekalan keperluan ini.

Selain itu, KPDN Johor terus komited mengadakan Program Jualan Rahmah (PJR) di 26 kawasan Parlimen dan 56 DUN termasuklah pasar raya di kawasan Pasir Gudang pada minggu ini, yang menawarkan penjimatan harga barangan keperluan harian antara 10 hingga 30 peratus lebih murah daripada biasa. PJR di Pasir Gudang juga akan diadakan secara luar premis dan bergerak bertempat di Taman Pasir Putih dan PPR Taman Cendana pada 29 dan 30 September 2023.

Justeru, KPDN Johor menasihatkan orang ramai membeli barangan mengikut keperluan dan tidak membeli barangan secara berlebihan supaya tidak menimbulkan suasana pembelian panik di kalangan pengguna. Pada masa sama, peniaga juga dinasihatkan agar mematuhi undang-undang perniagaan ditetapkan dan tidak mengambil kesempatan menaikkan harga sewenang-wenangnya dalam tempoh ini.

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor