KPRJ BANTU ‘RAPI’ SEKOLAH


Skuad KPRJ Heroes yang membantu membersihkan Sekolah Agama Kundang Ulu, Tangkak, Johor. | Sumber foto: Facebook Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd. 

 

ISKANDAR PUTERI — Seramai 33 sukarelawan Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ) Heroes membantu membersihkan Sekolah Agama Kundang Ulu, Tangkak, Johor semalam.

 

Misi bantuan berkenaan diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif KPRJ, Dato’ Lukman Abu Bakar yang turut bertungkus lumus membersihkan sekolah terbabit.

 

Sekolah berkenaan sebelum ini terjejas banjir susulan hujan lebat yang berterusan mengakibatkan aras bawah bangunan sekolah tersebut yang menempatkan bilik darjah dan bilik latihan dinaiki air.

 

Ia mengakibatkan banyak peralatan mengajar dan kelengkapan sekolah yang lain seperti meja dan kerusi murid yang rosak disebabkan banjir serta lumpur.

 

Ketua Pegawai Eksekutif KPRJ, Dato’ Lukman Abu Bakar yang mengetuai misi bantuan banjir. | Sumber foto: Facebook Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd. 

 

Bagi memudahkan kerja pembersihan, sebuah jentera turut digunakan bagi tujuan mengangkut sampah yang dibawa banjir.

 

Semoga usaha murni KPRJ Hereos ini dapat meringankan beban tenaga pengajar sebelum sesi persekolahan bermula tidak lama lagi.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor