KPRJ DAN ANAK SYARIKAT SERAH SUMBANGAN SEMPENA AIDILFITRI


Tiga organisasi menerima sumbangan antaranya ialah Persatuan Bina Badan dan Angkat Berat Negeri Johor menerima wang tunai sebanyak RM20,000 manakala sumbangan RM10,000 masing-masing diberikan kepada Kelab Media Johor (KMJ) dan Wakaf An-Nur sebahagian daripda progran CSR KPRJ. | Foto MDJ, Imran Razib

 

ISKANDAR PUTERI — Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) Sdn. Bhd menyerahkan sumbangan kepada lima organisasi sebagai sebahagian daripada program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) mereka pada Majlis Hikayat Raya Aidilfitri KPRJ di X Park Sunway Iskandar di sini, hari ini.

 

Sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh YB Setiausaha Kerajaan Johor, Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi Rohani yang turut diiringi isteri, Puan Sri Datin Dr. Hajah Noor Azizah Abdul Latif.

 

Ketibaan mereka disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Dato’ Lukman Abu Bakar serta barisan pengurusan tertinggi KPRJ.

 

Tiga organisasi menerima sumbangan antaranya ialah Persatuan Bina Badan dan Angkat Berat Negeri Johor menerima wang tunai sebanyak RM20,000 manakala sumbangan RM10,000 masing-masing diberikan kepada Kelab Media Johor (KMJ) dan Wakaf An-Nur sebagai sebahagian daripda program CSR KPRJ.

 

Setiausaha Kehormat Persatuan Bina Badan dan Angkat Berat Negeri Johor, Nor Azman Hasbullah, berkata pihaknya menghargai sumbangan tersebut dan akan memanfaatkannya dengan pelbagai program akan dirancang.

 

“Kami menghargai sumbangan daripada pihak KPRJ yang juga anak syarikat milik Kerajaan Negeri Johor yang sentiasa menyokong persatuan-persatuan sukan. Bukan sahaja kami, tetapi banyak lagi persatuan pernah menerimanya.

 

“InsyaAllah, akan ada pelbagai program yang kami akan laksanakan lebih-lebih lagi menjelang temasya Sukan Malaysia (SUKMA) pada tahun depan,” katanya.

 

Sementara itu, Presiden KMJ, Mohamad Fauzi Ishak, berkata KPRJ sentiasa memberikan sumbangan buat KMJ bagi membantu menjalankan aktiviti selain sentiasa menjalin hubungan yang baik dengan pihaknya.

 

“KMJ amat berterima kasih kepada pihak KPRJ kerana sentiasa memberi sokongan dan sumbangan kepada kami. Selain itu, KMJ juga sentiasa menyokong segala aktiviti dan program yang dijalankan oleh KPRJ.

 

“Pelbagai program telah kami laksanakan antaranya ialah program berbuka puasa, aktiviti sukan dan KMJ akan sentiasa memenuhi jemputan media yang dihantar oleh pihak KPRJ sekiranya terdapat program yang dijalankan oleh pihak mereka,” katanya ketika dihubungi Media Digital Johor hari ini.

 

Pada majlis sama, YB Tan Sri Dato’ Dr Hj Azmi Rohani juga turut menyempurnakan sumbangan dari Yayasan KPRJ kepada Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) sebanyak RM5,000 manakala Persatuan Cerebral Palsy Johor menerima sumbangan berjumlah RM2,000.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor