LASKAR 2025 KUKUHKAN KEBERSAMAAN MAHASISWA UTM

Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam Liga Sukan Anak Negeri (LASKAR) bagi tahun 2025. | Foto MDJ Nurina Aisyah
#JohorBahru – Kejohanan Liga Sukan Anak Negeri (LASKAR) 2025 buat julung kalinya dianjurkan melibatkan penyertaan 10 Gabungan Anak Negeri Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bermula pada 14 hingga 20 April ini.
Menjadi platform mengangkat semangat perpaduan, kekuatan mental dan nilai warisan budaya dalam kalangan mahasiswa UTM, acara sukan yang dipertandingkan adalah futsal, bola jaring, badminton, frisbee, e-Sukan dan permainan tradisional.
Penganjuran LASKAR oleh Sekretariat Anak Johor Darul Ta’zim (SEJATI) adalah selari dengan usaha UTM dalam melahirkan graduan holistik, berketerampilan dan berdaya saing bukan sahaja cemerlang akademik malah mempunyai keperibadian yang unggul.
Selain itu, kejohanan berkenaan memberi peluang kepada Gabungan Anak Negeri Johor, Negeri Sembilan, Selangor, Pahang, Perak, Pulau Pinang, Perlis, Kedah, Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak bergiat aktif bagi memperkasa persatuan masing-masing.
Terdahulu, YB Tuan Aznan Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor menyempurnakan Majlis Perasmian LASKAR 2025 di Stadium Azman Hashim, UTM Johor Bahru, semalam.
Turut hadir, YB Puan Hajah Hasrunizah Hassan, Ahli Dewan Negeri (ADN) Johor Kawasan Pulai Sebatang merangkap ADN Angkat SEJATI; YB Datuk Pandak Ahmad, ADN Johor Kawasan Kota Iskandar serta YBrs. Prof. Dr. Mohd Shafry Mohd Rahim, Naib Canselor UTM.
#LASKAR
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor