MAJLIS SERAH TUGAS PEGAWAI KEWANGAN NEGERI BAHARU


Majlis Serah Tugas Pegawai Kewangan Negeri Baharu yang disaksikan oleh Setiausaha Kerajaan Johor, YB Tan Sri Dato’ Dr Hj Azmi Bin Rohani. | Foto MDJ Nurina Aisyah

 

Telah berlangsungnya Majlis Serah Tugas Pegawai Kewangan Negeri Baharu antara YB Dato’ Haji Salehuddin bin Haji Hassan dan YB Dato’ Haji Mohammed Ridha bin Dato’ Haji Abd Kadir di Pejabat Kewangan Negeri Johor, hari ini.

 

Majlis serah tugas itu disaksikan oleh Setiausaha Kerajaan Johor, YB Tan Sri Dato’ Dr Hj Azmi Bin Rohani.

 

Hadir sama menyaksikan ialah Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pengurusan), YB Dato’ Haji Ismail Haji Abu; Timbalan Pegawai Kewangan Negeri Johor Perbendaharaan Negeri Johor, Tuan Haji Kamaluddin Bin Haji Jamal; Setiausaha Bahagian Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Encik Mohd Ezzuddin Bin Sanusi; Pengarah Media Digital Johor, Tuan Haji Mohd Johari bin Tarmidi dan Pegawai Tadbir Negeri Johor.

 

Turut hadir pada majlis itu ialah pegawai-pegawai kanan dan warga kerja Perbendaharaan Negeri Johor.

 

YB Dato’ Haji Mohammed Ridha dilantik sebagai Pegawai Kewangan Johor yang baharu berkuat kuasa 9 Januari 2024 bagi menggantikan YB Dato’ Haji Salehuddin bin Haji Hassan yang bersara wajib selepas 31 tahun dalam Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor termasuk berkhidmat sebagai Pegawai Kewangan Johor sejak 2021.

 

YB Dato’ Haji Mohammed Ridha pula sebelum ini berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pembangunan) selama hampir dua tahun dan turut memiliki pengalaman luas sebagai Pegawai Tadbir Negeri Johor di pelbagai jabatan dalam Kerajaan Johor.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor