MALAYSIA-SINGAPURA LAKAR SEJARAH, PROJEK RTS SELESAI 65 PERATUS


Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri Singapura, Dato’ Lee Hsien Loong hadir ke Majlis Penyempurnaan Span Menghubungkan Johor Bahru dan Singapura. | Foto MRT Corp

 

Malaysia-Singapura melakar sejarah apabila Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri Singapura, Dato’ Lee Hsien Loong buat pertama kalinya hadir ke tapak RTS Link Marine Viaduct di Selat Johor bagi menyaksikan Majlis Penyempurnaan Span Menghubungkan Johor Bahru dan Singapura, semalam.

 

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, memaklumkan kerajaan sentiasa komited dalam memastikan Projek Link Sistem Transit Rapid (RTS Link) dapat disiapkan tepat pada tempohnya iaitu pada 1 Januari 2027.

 

Keyakinan itu berdasarkan tahap kemajuan projek pembinaan jejambat marin (Marin Viaduct) kini berada pada 68 peratus, pembinaan jejambat daratan atau terrestrial viaduct (31 peratus); pembinaan stesen (41 peratus); manakala pembinaan bangunan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) pula sudah di tahap 3.22 peratus.

 

Selain itu, kedua-dua Perdana Menteri turut menandatangani plak peringatan yang melambangkan komitmen bersama kedua-dua negara dalam merealisasikan usaha projek rel rentas sempadan, yang mana ia dijangka akan dapat meningkatkan lagi hubungan antara kedua-dua negara kelak.

 

Sehingga 31 Disember lalu, kerja-kerja membabitkan projek RTS Link sudah mencapai 65 peratus. RTS Link merupakan projek dua hala antara Malaysia dan Singapura yang akan menghubungkan Bukit Chagar,Johor Bahru ke Woodlands North, Singapura yang apabila siap kelak mampu membawa jumlah penumpang mencecah sehingga 10,000 orang bagi perjalanan sehala.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor