MPBN ANGKAT SUARA BELIA JOHOR
Persidangan Majlis Perundangan Belia Negara (MPBN) menjadi sesi ‘Engagement ’ dan persidangan intelektual pemimpin pertubuhan belia menyuarakan hasrat, pandangan serta menyampaikan aspirasi Orang Muda Johor.
Turut melibatkan wakil-wakil jabatan dan agensi kerajaan dilantik selaku badan perundangan dan penasihat berhubung isu-isu pembangunan belia, persidangan ini menjadi ruang untuk mengangkat suara akar umbi ke peringkat lebih tinggi.
Persidangan MPBN Peringkat Negeri Johor Tahun 2023 telah berlangsung di Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar, di sini, dan disempurnakan perasmian oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah.
Oleh itu, Kerajaan Johor berharap perwakilan dapat menggunakan platform tersebut untuk membahaskan usul demi memelihara kepentingan belia Bangsa Johor.
Hadir sama, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan), Dato’ On Jabbar; Presiden Majlis Belia Negeri Johor, Aznan Tamin dan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, Shamsuhaime Basir.
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor