PEMBUKAAN KILANG PERTAMA PARIS BAGUETTE SEDIA PELUANG PEKERJAAN


Sumber Foto : Laman facebook.com/onnhafizghazi

 

ISKANDAR PUTERI — Rangkaian bakeri terkenal, Paris Baguette bakal membuka kilang pertamanya yang halal di negeri ini, dengan pelaburan berjumlah RM130 juta.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menzahirkan kesyukuran dengan pelaburan Paris Baguette milik konglomerat Korea Selatan, SPC Group yang mempunyai 4,000 kedai bakeri di seluruh dunia itu.

“Dengan jumlah pelaburan sebanyak RM130 juta, hab ini dapat menyediakan lebih peluang pekerjaan untuk rakyat dan akan bekerjasama dengan syarikat tempatan dalam segala aspek pembangunannya,” katanya menerusi posting dimuatnaik di Facebook rasminya, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan & Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Dato’ Mohd Jafni Md Shukor; Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan & Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor, Lee Ting Han.

Selain itu, Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Dato’ Dr. Badrul Hisham Kassim; Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Datuk Wira Arham Abdul Rahman.

Hadir sama, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Dato’ Mohd Haffiz Ahmad; ADUN Kota Iskandar, Datuk Pandak Ahmad; Presiden Kumpulan SPC, Hur Jin Soo serta Ketua Pegawai Eksekutif Paris Baguette Asia Tenggara, Hana Mardhyal Lee.

Selain itu, beliau berkata, Kerajaan Johor sentiasa akan membantu pelaburan baharu di Johor dan berharap rakyat di negeri ini, menerima limpahan manfaatnya.

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor