SENTUHAN KASIH YAM CHE’ PUAN MAHKOTA KHALEEDA JOHOR


YAM Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor bersama Pegawai Tadbir Wanita Negeri Johor di Grand Paragon Hotel. | Foto MDJ Nurina Aisyah

 

YAM Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor telah berkenan berangkat ke Majlis Ramah Mesra Bersama Pegawai Tadbir Wanita Negeri Johor yang berlangsung di Grand Paragon Hotel, semalam.

 

Majlis yang amat bermakna itu bertujuan memperkenalkan barisan Pegawai-Pegawai Tadbir Wanita Negeri Johor yang menjadi tonggak penting dalam pentadbiran dan perkhidmatan awam negeri ini.

 

Di samping itu, pelbagai usaha dan inisiatif juga bakal dijayakan secara bersama melibatkan aspek pendidikan, kebajikan, kemasyarakatan dan sukan yang sentiasa menjadi keutamaan YAM Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor.

 

Pelantikan wanita sebagai Pegawai Tadbir Negeri Johor (JCS) sejak tahun 1965 telah membuktikan keupayaan golongan terbabit menggalas tugas yang diamanahkan dalam sesuatu jabatan atau agensi di negeri ini.

 

Pada ketika ini, terdapat 63 Pegawai Tadbir Wanita Negeri Johor daripada keseluruhan 311 Pegawai Tadbir Negeri Johor sedang berkhidmat di mana 13 daripadanya diberikan kepercayaan menjawat jawatan utama dalam pentadbiran negeri.

 

Turut hadir, YB Datin Paduka Hajah Hazlina Jalil, Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) merangkap Pengerusi Sekretariat Hal Ehwal Wanita, Persatuan Pegawai Tadbir Negeri Johor.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor