Tag Archive for: Bangsa Johor

JOHOR PERTINGKAT CAPAIAN INTERNET PANTAS PERCUMA

  Kerajaan Johor melancarkan perkhidmatan WiFi Premium Maju Johor bagi menaik taraf capaian internet di negeri ini, sekali gus membolehkan Bangsa Johor menikmati akses internet pantas dan meluas di beberapa lokasi menjelang Julai ini.   Inisiatif terbaharu Kerajaan Johor itu dijangka dapat memberi manfaat kepada lebih 12,000 keluarga terutamanya di 25 kawasan hotspot Program Perumahan […]

JS-SEZ BERI LIMPAHAN MANFAAT KEPADA PKS

  Penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dijangka memberi limpahan manfaat kepada sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negeri ini, sekali gus merangsang perkembangan pesat dan menghadirkan kesan berganda terhadap ekonomi setempat.   Menerusi kemasukan teknologi dibawa masuk pelabur ke dalam zon khas itu kelak, Prof. Madya Dr. L. Nanthakumar, Pensyarah Fakulti Pengurusan dari […]

JDT MEDIUM PERPADUAN BANGSA JOHOR

  Hampir dua juta tontonan dalam masa 48 jam bagi video jersi baharu musim 2024/2025 di laman Instagram Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT). Ini bukanlah perkara luar biasa untuk kelab bolasepak ternama ini, malah ia merupakan kebiasaan untuk mencatat sejarah dalam segala hal walaupun pada awal kemunculannya dianggap hanya sekadar ‘kisah dongengan’.   Hari […]

TAHUN NAGA BAWA ‘ONG’ KEPADA NEGERI JOHOR

  Sambutan Tahun Baharu Cina 2024 diharap membawa kemakmuran dan kemajuan kepada negeri selain mengukuhkan lagi keharmonian masyarakat. Harapan tersebut dizahirkan Ho Sow Tong, Presiden Persekutuan Tiong Hua Johor Bahru yang mahu melihat perpaduan kaum di negeri ini terus mekar dan dipelihara.   Beliau turut bersyukur kerana masyarakat Tiong Hua dapat menyambut dan meraikan Tahun […]

KASIHNYA TUNKU MAHKOTA ISMAIL KEPADA RAKYAT

  Kasihnya DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor kepada rakyat tidak ternilai apabila Baginda tidak pernah jemu menekankan soal berkaitan fasiliti kesihatan awam di negeri ini, demi kesejahteraan rakyat.   Keprihatinan Pemangku Sultan Johor mewarisi kemuliaan sifat KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong […]

TERIMA KASIH TUANKU, HIDUP KAMI LEBIH SELESA

  “Alhamdulillah syukur pada Allah dan kami berterima kasih kepada DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor dan DYMM Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor kerana mengurniakan patik bantuan membaiki rumah hingga membolehkan kehidupan kami lebih selesa,” kata penduduk Kampung Sri Paya Kulai, Khatijah Ibrahim.   Khatijah, 67, yang […]

TUNKU MAHKOTA ISMAIL PEMANGKU SULTAN JOHOR BERJIWA RAKYAT

  Berjiwa rakyat, praktikal dan berwawasan. Itulah gambaran keperibadian DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor yang menjadi kebanggaan Bangsa Johor dari segenap ceruk negeri ini. Diputerakan pada 30 Jun 1984, putera sulung daripada enam adik beradik ini sejak dari kecil memiliki kepemimpinan yang bitara, suatu nilai yang mewarisi turun temurun daripada […]

ELEMEN KALIGRAFI JAWI DAN FIGURA WANITA DALAM SENI LUKISAN

  Seni kaligafi jawi dan kewanitaan menjadi garapan utama dalam karya lukisan pelukis Finn Annuar dalam karya terbaharunya, ‘Perempuan Melawan Art’.   Menurut pelukis yang berasal dari Johor Bahru itu, pemilihan tulisan jawi melambangkan semangat jati diri Bangsa Johor yang tidak sesekali ingin meninggalkan warisan dan budaya negeri kelahirannya, manakala figura wanita pula menjadi ‘trademark’ […]

SASAR 2 JUTA RAKYAT JOHOR DAFTAR PADU

  Seramai 112,524 rakyat Johor sudah membuat pendaftaran di Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) sehingga kelmarin sejak ia dilancarkan pada 2 Januari lalu.   Jumlah ini dijangka akan terus meningkat dengan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Negeri Johor akan terus bergerak aktif bagi menggalakkan lebih ramai rakyat negeri ini mendaftar sistem PADU sehingga penghujung Mac depan. […]

157 MAHASISWA DILANTIK DUTA PERPADUAN JOHOR 2.0

  Seramai 157 mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dilantik menjadi Duta Perpaduan Johor 2.0 bagi meneruskan inisiatif penting dalam usaha mengukuhkan nilai perpaduan sesama masyarakat pelbagai kaum di negeri ini.   Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon memaklumkan, mahasiswa yang terpilih akan mendukung semangat perpaduan dan nilai kebersamaan antara kaum menerusi […]