Tag Archive for: belanjawan 2024

JOHOR TERIMA RM70.12 JUTA PACU SEKTOR AGROMAKANAN

  Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memperuntukkan RM70.12 juta kepada Kerajaan Negeri bagi melaksanakan projek pembangunan meliputi sektor ternakan, tanaman, akuakultur dan memperkasa industri nanas selain pemerkasaan pemasaran dan aktiviti eksport hasil pertanian serta pembangunan usahawan agro di seluruh Johor pada tahun ini.   Daripada jumlah berkenaan, sebanyak RM19.2 juta diperuntukkan di bawah Program […]

BELANJAWAN 2024 SEIMBANG : EXCO KERAJAAN JOHOR

  Ikhtiar melibatkan sektor usahawan, pemerkasaan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) serta sumber manusia yang banyak diberikan penekanan dalam Belanjawan 2024 disambut baik oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah.   Peruntukan diberikan antaranya dalam bentuk pinjaman, jaminan pembiayaan, geran mahupun dana diyakini boleh […]

WAJAR JOHOR TERIMA BERITA BAIK DALAM BELANJAWAN 2024

  PROJEK pelebaran Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) daripada empat kepada enam lorong dilanjutkan dari Sedenak ke Simpang Renggam dengan kos RM931 juta diumumkan dalam Belanjawan 2024 disifatkan sebagai tepat pada masanya.   Perkara itu dimaklumkan oleh Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dato’ Ir. Hasni Mohammad dalam satu temubual menjelaskan kewajaran untuk keperluan Johor diberikan perhatian dalam belanjawan […]

KPKT BERI TUMPUAN PEMBINAAN DUA PPR DI JOHOR TAHUN DEPAN

    Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan memberikan tumpuan kepada penyediaan dua Program Perumahan Rakyat (PPR) di negeri ini, iaitu di Larkin dan Kluang pada tahun hadapan, kata Timbalan Menterinya, Akmal Nasrullah Mohd Nasir.   Perbincangan antara KPKT bersama Kerajaan Negeri mengenai penyediaan PPR Larkin yang dipersetujui dalam Belanjawan 2023 telah diadakan dan kerja […]

BELANJAWAN 2024 AMBIL KIRA KEPERLUAN JOHOR : MENTERI BESAR

  Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz menzahirkan kesyukuran dan rasa gembira terhadap Belanjawan 2024 dibentangkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang telah turut mengambil kira aspek dan projek pembangunan diperlukan di Johor.   “Semoga segala perancangan dan usaha ini berjalan dengan lancar serta dapat memberikan manfaat terbaik kepada Bangsa Johor, seiring dengan hasrat […]

BELANJAWAN 2024 MAMPU RANGSANG SEKTOR DIPROMOSI DI ISKANDAR MALAYSIA

  Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) percaya Belanjawan 2024 mampu merangsang pembangunan sektor-sektor dipromosikan di Iskandar Malaysia sekali gus meningkatkan minat pelabur untuk menjadikan wilayah berkenaan, sebagai pusat pelaburan yang memberi limpahan manfaat kepada rakyat dan perniagaan tempatan.   Ketua Eksekutif IRDA, Dato’ Dr. Badrul Hisham Kassim memberitahu Belanjawan MADANI akan menyumbang kepada usaha […]

PAKEJ GALAKAN CUKAI TINGKAT DAYA SAING PIPC : JPDC

  Johor Petroleum Development Corporation (JPDC) menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mencadangkan Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC) sebagai hab pembangunan sektor kimia dan petrokimia dengan pemberian pakej galakan cukai dalam bentuk cukai khas atau elaun cukai pelaburan dalam Belanjawan 2024.   “Pakej galakan cukai tersebut akan meningkatkan daya tarikan dan daya […]

BELANJAWAN 2024 : HSA 2 ANTARA BERITA BAIK PERKHIDMATAN KESIHATAN JOHOR

  Kerajaan Johor merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan selepas mengumumkan khabar gembira dalam Belanjawan 2024 melibatkan sektor penyampaian perkhidmatan kesihatan awam negeri yang amat dinanti-nantikan oleh Bangsa Johor.   Dalam belanjawan bertemakan ‘Reformasi Ekonomi, Memperkasa Rakyat’, Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan berjumlah RM41.2 bilion kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang melibatkan pelaksanaan […]