Tag Archive for: EXCO PENDIDIKAN

RM2.8 JUTA BANTUAN KASIH MURID JOHOR RINGAN BEBAN KELUARGA B40

  Kerajaan Negeri memperuntukkan RM2.8 juta bagi pelaksanaan Bantuan Kasih Murid Johor sebagai usaha meringankan beban perbelanjaan keluarga B40 menjelang pembukaan sesi persekolahan tahun 2024/2025 pada 10 Mac nanti.   Inisiatif yang pertama kali diadakan itu melibatkan seramai 11,200 pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah di 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini […]

TURUN PADANG SELAMI KEPERLUAN PELAJAR DAN WARGA KYPJ

  Meskipun baru tiga hari dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor, YB Aznan Tamin telah turun padang ke Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ), hari ini.   Kunjungan tersebut menjadi platform kepada Ahli Dewan Negeri Johor Kawasan Tanjung Surat itu untuk bertemu dengan pihak pengurusan selain mendengar sendiri cadangan dan permasalahan dihadapi penuntut […]

TIADA KOMPROMI TERHADAP PEMBULI – EXCO PENDIDIKAN JOHOR

  JOHOR BAHRU — Kerajaan Johor tidak sesekali akan bertolak ansur terhadap mana-mana individu yang melakukan perbuatan buli, pukul atau dera kerana perbuatan ganas tidak berperikemanusiaan itu tidak mempunyai tempat di negeri ini.   Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor, Norlizah Noh, berkata justeru individu yang terlibat harus diberi pengajaran dan peringatan tegas […]

PEMIMPIN SETEMPAT BERPERANAN PENTING PASTIKAN PENEROKA FAHAM VISI, MISI FELDA

  ISKANDAR PUTERI — Pemimpin setempat mempunyai peranan signifikan dalam memastikan agenda FELDA bergerak selari dengan hasrat Kerajaan.   Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor, Norlizah Noh berkata, hubungan baik antara peneroka, FELDA dan Kerajaan penting bagi menjayakan perkara tersebut.   “Peranan penting pemimpin setempat dalam memastikan agenda FELDA bergerak seiring dengan hasrat […]

KERAJAAN JOHOR PERLU MODAL INSAN MAHIR STEM

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor sentiasa memberikan keutamaan kepada aspek pendidikan untuk melahirkan modal insan berkemahiran dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).   Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor, Norlizah Noh berkata, Kerajaan Negeri amat memerlukan modal insan yang mahir dalam mengendalikan bidang itu.   “Kerajaan Johor bersama Jabatan Pendidikan […]

HARGAI KEPRIHATINAN, KERJASAMA YRZSNJ : EXCO PENDIDIKAN JOHOR

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor menghargai keprihatinan dan kerjasama erat Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor (YRZSNJ) dalam agenda pemerkasaan pendidikan di negeri ini.   Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor, Norlizah Noh berkata, pelbagai inisiatif pendidikan direncanakan dan dalam pelaksanaan pihak yayasan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Johor.   “Antara inisiatif […]

JOHOR LAMA DIHARAP TERUS MENJADI PILIHAN PENGUNJUNG

  ISKANDAR PUTERI — Pejabat Daerah Kulai mengadakan Program Menyusuri Sungai Johor peringkat Mukim Senai, Kulai 2023 di Johor Lama, dekat Kota Tinggi.   Rombongan telah menyusuri Sungai Johor bermula dari Jeti Tun Sri Lanang, Jeti Kampung Panchor, Jeti Sungai Seluyut dan berakhir di Jeti Johor Lama.   EXCO Kerajaan Johor merangkap Ahli Dewan Undangan […]

56 SEKOLAH DIPILIH SEKOLAH RINTIS SKUAD MUDA SV

  ISKANDAR PUTERI — Sebanyak 56 sekolah di semua Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor terpilih sebagai sekolah rintis program Skuad Muda Southern Volunteers (SV) bagi fasa pertama.   Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah berkata, fasa itu melibatkan kira-kira 50,400 pelajar.   Menurutnya, penglibatan lebih […]