Tag Archive for: Jabatan Kemajuan Orang Asli

AIDILFITRI MERIAH BERSAMA MASYARAKAT ORANG ASLI

  #IskandarPuteri – Sambutan Aidilfitri menjadi penuh bermakna buat masyarakat Orang Asli di Kampung Orang Asli (KOA) Simpang Arang dekat Gelang Patah apabila menerima kunjungan daripada Kerajaan Negeri.   Ziarah kasih sempena bulan Syawal yang mulia itu menjadi platform mengeratkan silaturahim sekali gus mencerminkan keprihatinan Kerajaan Johor memelihara kesejahteraan komuniti tersebut.   Untuk rekod, keseluruhan […]

JOHOR PROMOSI SOSIOBUDAYA ORANG ASLI

  Bagi memperkenal dan mempromosikan kepelbagaian budaya Orang Asli kepada masyarakat, Karnival Orang Asli Negeri Johor Tahun 2024 akan dilaksanakan melibatkan tiga siri iaitu Zon Utara, Tengah dan Selatan yang bakal dirasmikan oleh YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor pada bulan hadapan.   Selain itu, karnival berkenaan menjadi platform untuk melahirkan masyarakat berbudaya, […]

JAKOA PERJELAS ISU PENGAGIHAN BANTUAN BANJIR DI MERSING

  Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Johor mengesahkan sudah mengambil tindakan segera menyampaikan Bantuan Pembaikan Rumah (BPR) kepada 45 penduduk di Kampung Orang Asli (KOA) Labong, Mersing.   Pengarahnya, Faisal Long memaklumkan bantuan sebanyak RM2,500 itu diserahkan kepada penduduk KOA terbabit dengan bantuan Pejabat Daerah Mersing.   Bantuan berkenaan diserahkan oleh Pegawai Pejabat Daerah […]

KERAJAAN NEGERI PASTIKAN ORANG ASLI TIDAK TERCICIR

  Kerajaan Johor terus komited memastikan masyarakat Orang Asli di negeri ini, tidak tercicir dalam agenda pembangunan dilaksanakan sejajar dengan hasrat menjadikan Johor sebagai negeri maju menjelang tahun 2030.   Bagi tujuan tersebut, Kampung Orang Asli (KOA) Putting di Segamat telah dipilih melaksanakan projek rintis KOA Sejahtera Peringkat Negeri Johor melibatkan peruntukan berjumlah RM300,0000 bagi […]

JAKOA NEGERI JOHOR JALIN KERJASAMA DENGAN KERAJAAN NEGERI ATASI ISU BEKALAN AIR

  ISKANDAR PUTERI –– Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Johor menjalinkan kerjasama dengan Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah bekalan air di Kampung Orang Asli (KOA) Pasir Putih dekat Pasir Gudang. JAKOA Negeri Johor menerusi kenyataan medianya menjelaskan, mesyuarat bersama beberapa agensi berkaitan yang telah diadakan juga berjaya menemui beberapa jalan penyelesaian terhadap isu terbabit. […]

JELAJAH MUHIBBAH SANTUNI MASYARAKAT ORANG ASLI JOHOR

  PONTIAN — Hubungan akrab antara pemimpin kerajaan dan masyarakat Orang Asli di Johor sememangnya sudah lama terjalin lebih-lebih lagi melibatkan Institusi Diraja Johor dan para pemimpin Kerajaan Negeri.   Terbaharu, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, Dato’ Zahari Sarip meneruskan jalinan rapat dengan Orang Asli di Johor menerusi […]

TINDAKAN SULTAN JOHOR DEMI KEPENTINGAN MASYARAKAT ORANG ASLI

  Oleh Aivizanoorwani Shah, Mohd Firdaus Yon, Badrul Kamal Zakaria dan Imran Razib ISKANDAR PUTERI — DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar tidak akan bertindak sewenang-wenangnya melainkan demi menjaga kepentingan masyarakat Orang Asli khususnya di Negeri Johor.   Sebagai pemerintah negeri ini, Tuanku Sultan Johor sudah tentu meletakkan kepentingan masyarakat Orang Asli yang juga […]

SIRI JELAJAH ‘PENERANGAN’ JALAN TERBAIK MENJELASKAN ISU TANAH KESULTANAN

  Oleh Aivizanoorwani Shah, Mohd Firdaus Yon, Badrul Kamal Zakaria dan Imran Razib   ISKANDAR PUTERI — Satu siri jelajah penerangan berkaitan kepentingan kawasan penempatan dan rizab Orang Asli yang diletakkan di bawah Tanah Kesultanan, akan diadakan dalam masa terdekat.   Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Johor, Faisal Long berkata, sesi tersebut merupakan […]