Tag Archive for: jabatan kerja raya

OPS PASCA BANJIR SELURUH JOHOR LANCAR

  #IskandarPuteri – Operasi pasca banjir di seluruh Negeri Johor bermula sejak 21 Mac lalu, kini mencapai 80 peratus kemajuan dengan kesemua lokasi yang terjejas dijangka dapat diselesaikan dalam tempoh dua hari sebelum Hari Raya Aidilfitri.   Sehingga kini, sebanyak 639 tan metrik sisa pasca banjir di Pontian, Johor Bahru, Batu Pahat dan Kluang berjaya […]

PROJEK RTB DIJANGKA SIAP LEBIH AWAL

  Tiga daripada tujuh projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Negeri Johor melibatkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM1.64 bilion telah bermula dan dijangka dapat disiapkan lebih awal berbanding tarikh asal.   Hasil turun padang dan perbincangan bersama pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), perunding dan kontraktor, jangkaan siap projek RTB Bandar Batu Pahat diawalkan ke Disember […]

PENJAJARAN ‘SELEKOH S’ SIAP SEPENUHYA

  Projek memperelok jajaran jalan Johor Bahru-Ayer Hitam FT001 di Seksyen 38-40 kilometer atau lebih dikenali sebagai ‘Selekoh S’, dekat Kulai, yang menjadi lokasi kerap berlaku kemalangan kini siap sepenuhnya.   Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, Ir. Ts. Mohamad Fazli Mohamad Salleh memaklumkan projek sakit yang tertangguh sejak tahun 2021 itu […]

KERJA BAIK PULIH LEBUHRAYA PASIR GUDANG DI FASA AKHIR – MB

  Aduan kesesakan yang berlaku akibat daripada kerja-kerja pembaikan dan penurapan jalan di Lebuhraya Pasir Gudang, mendapat perhatian daripada Kerajaan Johor yang sentiasa prihatin terhadap keselesaan dan keselamatan pengguna.   “Terdapat 23 kerja pembaikan jalan sepanjang Lebuhraya Pasir Gudang. Kerja-kerja baik pulih ini sudah berada di fasa akhir, dan dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan Oktober […]

ANAK JOHOR REKA JALUR GEMILANG

  Siapa Pereka Jalur Gemilang?   Mohamed bin Hamzah merupakan seorang pelukis pelan Jabatan Kerja Raya (JKR) yang sering diberikan tugas oleh DYMM Almarhum Sultan Sir Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar seperti mereka bentuk Jata Negeri Johor serta mencipta kad jemputan rasmi DiRaja.   Graduan seni dari Kolej Raffles, Singapura, yang merupakan perekacipta Jalur […]

255 MANGSA RIBUT KG MELAYU MAJIDEE TERIMA BANTUAN AWAL

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor menyalurkan bantuan kepada 255 mangsa kejadian ribut yang melanda Kampung Melayu Majidee, dekat Johor Bahru, minggu lalu.   Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Larkin, Mohd Hairi Md Shah berkata, bantuan wang tunai tersebut disumbangkan oleh Pejabat Menteri Besar Johor, Yayasan Bandaraya Johor Bahru dan Majlis Agama Islam Negeri Johor. […]

KERAJAAN JOHOR SIAP SIAGA PASTIKAN ALIRAN TRAFIK LANCAR PADA AIDILFITRI

  JOHOR BAHRU — Menjelang sambutan Aidilfitri hujung minggu ini, Kerajaan Negeri Johor sudah membuat persiapan yang rapi bagi memastikan aliran trafik di jalan raya dan pintu sempadan keluar masuk berjalan lancar.   Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, Ir. Ts. Mohamad Fazli Mohamad Saleh, berkata semua agensi yang berkaitan telah diarahkan […]

28,500 PELEKAT MBIKE DI BSI, KSAB

  ISKANDAR PUTERI — Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sudah menerima 28,500 unit pelekat Malaysia Biometric Indetification of Motorbikers (MBIKE) dan mula mengagihkannya mulai Khamis lalu.   Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, Ir. Ts. Mohamad Fazli Mohamad Salleh, berkata inisiatif itu secara tidak langsung diharapkan akan dapat melancarkan pergerakan keluar masuk membabitkan […]