Tag Archive for: Johor Darul Ta’zim

DOMINASI AKAR UMBI JDT

  #IskandarPuteri – Di kala ramai yang membicarakan tentang status pemain warisan negara, mungkin ada yang terlupa dengan pembangunan akar umbi bola sepak yang bakal menjadi pelapis kepada skuad senior pada masa akan datang.   Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) merupakan sebuah organisasi yang serius dalam pembangunan akar umbi bola sepak dan kini perlahan-lahan […]

PROGRAM GERAK KERJAYA BUKA PINTU REZEKI BUAT AINA

  “Ini semua hasil keberkatan doa ibu saya”. Itulah antara kata-kata yang diucapkan oleh Aina Nabila Faizah, 29 yang berjaya mendapatkan pekerjaan sebagai perunding Takaful selepas menghadiri temu duga terbuka di Gerak Kerjaya ‘MYFutureJobs’ di Tangkak.   Bakal menamatkan pengajian sarjana dalam jurusan kejuruteraan bioproses di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Aina sudah bersedia sejak tengah […]

SUARA SAYA UNTUK JOHOR – DYAM TUNKU MAHKOTA ISMAIL

  Kelantangan dan ketegasan dalam keperibadian DYAM Tunku Mahkota Ismail dalam menyuarakan pendapat atau pandangan adalah demi kepentingan Negeri Johor Darul Ta’zim.   Walaupun ia ada kala mengundang rasa kurang senang bagi sesetengah pihak sehingga ada yang sanggup merancang ‘pembunuhan karakter’ semata-mata untuk menjejaskan imej dan karekter DYAM Tunku Mahkota Ismail, namun ia tidak sesekali […]

20,000 ORANG MUDA JOHOR BANJIRI EDUCITY!

  Kira-kira 20,000 Orang Muda Johor (OMJ) dari seluruh Johor membanjiri Kompleks Sukan Educity bagi memeriahkan Program ‘Johor Youth Meetup by OMJ’, sekali gus memberi isyarat bahawa generasi muda sentiasa bersama dalam menyokong dan menyahut inisiatif dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri.   Mohammad Aliff Dato’ A. Rahim, Pemangku Presiden Majlis Belia Negeri Johor (MBNJ) menyifatkan penganjuran […]

MERIAHKAN JOHOR YOUTH MEETUP BY OMJ

  Kerajaan Negeri dengan kerjasama Majlis Belia Negeri Johor (MBNJ) akan menganjurkan ‘Johor Youth Meetup By OMJ’ yang menjadi himpunan Orang Muda Johor (OMJ) terdiri daripada belia berpersatuan mahupun tidak dari seluruh negeri ini, bertempat di Kompleks Sukan Educity pada 9 Jun ini.   Lebih istimewa, program yang menyediakan pelbagai acara serta aktiviti menarik itu […]

SEMANGAT, KEHARMONIAN BANGSA JOHOR WAJAR DICONTOHI

  “Konsep Bangsa Johor masih kekal relevan hingga hari ini terutama selepas melihat kepada isu mengenai polarisasi kaum yang semakin meningkat secara berterusan. Bangsa Johor bermaksud semua orang bertanggungjawab untuk membangunkan Johor di samping menghormati budaya dan agama masing-masing kerana kita mahu setiap orang hidup dalam aman dan makmur,” demikian titah KDYMM Seri Paduka Baginda […]

REVOLUSI TMJ 1.0 CETUS KEBANGKITAN BOLA SEPAK NEGARA

  “Rom tidak dibina dalam satu hari”. Itulah bait perkataan yang terpacul dari mulut Pemangku Sultan Johor, DYAM Tunku Mahkota Ismail mengenai impian Baginda untuk merevolusikan arena bola sepak Johor.   Namun selepas sedekad berlalu, Baginda Tunku tidak sekadar bermain kata, tetapi lebih daripada 4.1 juta Bangsa Johor dan hampir 34 juta rakyat Malaysia menjadi […]

6,000 ‘SPARTAN’ BAKAL GEGAR ISKANDAR PUTERI

  Negeri Johor terus menjadi destinasi pilihan bagi penganjuran sukan bertaraf antarabangsa apabila hampir 6,000 peserta dari 18 negara bakal menggegarkan bumi Iskandar Puteri dalam perlumbaan Spartan Race Trifecta Weekend pada 27 hingga 28 April ini.   Malah, lokasi strategik yang berhampiran dengan pintu sempadan negara serta prasarana fasiliti sukan sedia ada yang kondusif juga […]

JDT MEDIUM PERPADUAN BANGSA JOHOR

  Hampir dua juta tontonan dalam masa 48 jam bagi video jersi baharu musim 2024/2025 di laman Instagram Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT). Ini bukanlah perkara luar biasa untuk kelab bolasepak ternama ini, malah ia merupakan kebiasaan untuk mencatat sejarah dalam segala hal walaupun pada awal kemunculannya dianggap hanya sekadar ‘kisah dongengan’.   Hari […]

RAY TECH PILIH JOHOR

  Anak syarikat gergasi teknologi China Unicomp Technology China iaitu Ray Tech (M) Sdn Bhd memilih Johor sebagai destinasi baharu pelaburan mereka apabila membuka kilang berkaitan peralatan teknologi ‘X-Ray’ di Taman Perindustrian SILC, Gelang Patah.   Lebih memberangsangkan, ia adalah destinasi pertama operasi perkilangan syarikat teknologi berkenaan di luar dari tanah besar China.   Dr. […]