Tag Archive for: maju johor

JOHOR TERIMA PELABURAN PERANTI PERUBATAN BERNILAI RM1 BILION

  Insulet Corporation, syarikat peneraju global dalam teknologi pengurusan diabetes merealisasikan pembangunan fasiliti pembuatan baharu dinamakan Omnipod 5 di Kawasan Perindustrian SiLC, Iskandar Puteri sekali gus menandakan satu pencapaian besar bagi syarikat tersebut dan juga bagi sektor peranti perubatan yang semakin berkembang.   Melibatkan nilai pelaburan berjumlah RM1 bilion atau AS$200 juta, pembinaan fasiliti Insulet […]

TERUS KEKALKAN KEHARMONIAN BANGSA JOHOR

  Kerajaan Negeri menyeru setiap lapisan masyarakat terutama Bangsa Johor terus mengekalkan nilai harmoni yang telah lama dibina oleh generasi terdahulu di negeri ini.   Keharmonian itu perlu diterapkan oleh pengguna media sosial dengan menjadikan platform tersebut sebagai medan menyebarkan mesej-mesej positif yang dapat menyemarakkan semangat perpaduan.   Ia secara tidak langsung berupaya mengekang ancaman […]

‘AYUH JOHOR’ TERJEMAH KOMITMEN LAHIR PEMIMPIN MUDA KALIBER

  Laungan ‘Ayuh Johor’ yang menggemakan Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahudin Abd Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia (UPM) menjadi penzahiran dukungan Orang Muda Johor terhadap agenda Maju Johor aspirasi Kerajaan Negeri.   Inisiatif Institut Dato’ Onn (IDO) menghimpunkan kira-kira 1,000 mahasiswa anak Johor dari 22 universiti tempatan menerusi program Ayuh Johor menterjemahkan iltizam kuat […]

KEMPEN DERMA DARAH YAYASAN KPRJ TERIMA SAMBUTAN MENGGALAKKAN

  Program derma darah anjuran Yayasan KPRJ mendapat sambutan memberangsangkan daripada pelbagai lapisan masyarakat yang hadir ke Eco Galleria, Iskandar Puteri, melakukan pendermaan darah bagi menambah bekalan darah di hospital.   Suri rumah, V. Nagarani, 42, berkongsi telah menderma darah buat pertama kali ketika berusia 36 tahun dan kemudiannya berbuat sedemikian setiap tiga bulan sekali […]

BUDAYA AL-QURAN PENJAWAT AWAM JOHOR TERUS JADI AMALAN

  Kerajaan Johor meneruskan amalan membudayakan al-Quran bagi menyemarakkan penghayatan kandungan al-Quran dalam kalangan penjawat awam beragama Islam di negeri.   Berlangsung selama satu jam pada setiap hari Khamis, amalan dianjurkan menjadi aktiviti yang dapat memberikan pengisian rohani seluruh jabatan agensi Kerajaan Negeri.   Bacaan Surah Al-Baqarah ayat 30 hingga 37 serta Surah Al-Kahfi ayat […]

PIZA KAYU API GAMIT SELERA NUSANTARA

  Keenakan rasa dengan tekstur doh yang lembut selain aroma memukau piza dibakar menggunakan kayu api menggamit selera sesiapa sahaja terutama sajian berasal dari Itali ini.   Hidangan yang diusahakan Mohd Shahril Aman, 47, menampilkan pelbagai variasi rasa lokal dan nusantara yang mengangkat nama Qulai Pizza bukan sahaja dikenali sekitar Kulai, malah Negeri Johor amnya. […]

MBPG-PIS METERAI MoU KUKUH KERJASAMA

  Memorandum persefahaman bagi membangunkan kerjasama antara Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) dengan Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) dalam pelbagai bidang seperti penyelidikan, perundingan, khidmat khas, peningkatan latihan serta pensijilan professional telah dimeterai, semalam.   Perjanjian yang dijangka bakal memberi manfaat kepada kedua-dua pihak tersebut selari dengan hasrat MPBG dan PIS dalam melahirkan modal insan keluaran […]

JOHOR BERMUNAJAT SEMPENA TAHUN BAHARU

  Telah berlangsungnya Majlis Munajat Tahun Baharu Peringkat Negeri Johor bagi tahun 1445H/2024M di Dewan Taman Bukit Indah, Johor Bahru, semalam.   Acara bermula dengan bacaan Surah Yaasin dipimpin oleh Imam Besar Negeri Johor, Tuan Haji Makhadzir Abdan Al-Hafiz.   Selain itu, acara diteruskan dengan bacaan doa dan tahlil arwah serta disusuli dengan solat fardu […]

MENTERI BESAR PUJI KOMITMEN MASYARAKAT JAYAKAN JOHOR BERSIH

  Usaha Kerajaan Negeri menekankan aspek penjagaan kebersihan dalam kalangan Bangsa Johor melalui Agenda Johor Bersih yang dilancarkan pada tahun 2022 terus mendapat sambutan sehingga hari ini.   Menteri Besar, Dato’ Onn Hafiz Ghazi memaklumkan kesedaran sivik masyarakat dilihat semakin meningkat berikutan agenda berkenaan yang sering diterjemahkan melalui tindakan malah berharap ia diteruskan oleh semua […]

KERAJAAN NEGERI PRIHATIN KEBAJIKAN PELAJAR JOHOR DI MESIR, JORDAN

  Keseluruhan seramai 604 pelajar Johor di Mesir dan Jordan menerima sumbangan daripada Kerajaan Negeri melibatkan peruntukan sebanyak RM151,000 bagi memastikan mereka terus aktif dalam penglibatan pelbagai program ilmiah.   Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM88,500 diperuntukkan kepada 354 pelajar Johor di Mesir, manakala seramai 250 pelajar di Jordan menerima sumbangan berjumlah RM62,500.   Pengerusi Jawatankuasa […]