JOHOR BERMUNAJAT SEMPENA TAHUN BAHARU


Acara bermula dengan bacaan Surah Yaasin dipimpin oleh Imam Besar Negeri Johor, Tuan Haji Makhadzir Abdan Al-Hafiz.

 

Telah berlangsungnya Majlis Munajat Tahun Baharu Peringkat Negeri Johor bagi tahun 1445H/2024M di Dewan Taman Bukit Indah, Johor Bahru, semalam.

 

Acara bermula dengan bacaan Surah Yaasin dipimpin oleh Imam Besar Negeri Johor, Tuan Haji Makhadzir Abdan Al-Hafiz.

 

Selain itu, acara diteruskan dengan bacaan doa dan tahlil arwah serta disusuli dengan solat fardu Maghrib berjemaah.

 

Seterusnya majlis kembali bermula dengan zikir munajat, selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan alunan qasidah.

 

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, YB Mohd Fared Mohd Khalid dan Mufti Negeri Johor, YB Dato’ Haji Yahya Ahmad.

 

Hadir sama, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor, Tuan Haji Jamaludin A. Hamid dan Kadi Besar Negeri Johor, Tuan Haji Halid Sono.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor