Tag Archive for: maju johor

MB IRINGI MENTERI KDN TINJAU OPERASI BSI

  ISKANDAR PUTERI — Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengiringi Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), hari ini.   Beliau memaklumkan akan ada berita dan perkembangan yang akan diumumkan oleh menteri susulan daripada lawatan yang telah berlangsung pada jam 4.45 […]

INFRASTRUKTUR PENGANGKUTAN SOKONG PERTUMBUHAN EKONOMI

  ISKANDAR PUTERI — Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, semalam, meninjau operasi Terminal Feri Antarabangsa Puteri Harbour, salah sebuah pintu masuk negara melalui jalan laut bagi memudahkan kedatangan pelancong ke negeri ini.   Menurut beliau, seramai 141,720 pelawat berulang alik dari Batam dan Tanjung Balai menerusi perkhidmatan feri di terminal itu yang dimiliki […]

EXCO KERAJAAN JOHOR SERU SERTAI SOUTHERN VOLUNTEERS

  ISKANDAR PUTERI — Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah mengajak rakyat negeri ini untuk menyertai Southern Volunteers (SV).   Menurut beliau, penyertaan dalam gerakan sukarelawan tersebut memupuk semangat cinta kepada negeri dan membantu golongan memerlukan.   “Saya menyeru kepada semua Bangsa Johor untuk sama-sama […]

JAMBATAN SUNGAI PULAI DIBUKA KEPADA ORANG RAMAI HARI INI

  ISKANDAR PUTERI — Jambatan Sungai Pulai sepanjang 7.5 kilometer dengan kos pembinaan kira-kira RM800 juta menghubungkan Johor Bahru dengan Pontian disempurnakan perasmian pembukaannya oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, hari ini.   Infrastruktur terbaharu itu direka bentuk dengan laluan dua hala berserta dua lorong dan mempunyai laluan navigasi untuk kapal dengan ketinggian […]

KERAJAAN NEGERI TEKAD TINGKAT PELABURAN: MENTERI BESAR JOHOR

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor bertekad untuk meningkatkan lagi pelaburan di negeri ini, susulan prestasi memberangsangkan direkodkan pada tahun lalu.   Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menzahirkan harapan semoga Johor dapat menarik lebih banyak pelaburan berkualiti yang dapat menyumbang kepada pembangunan negeri, sekali gus meningkatkan taraf ekonomi Bangsa Johor di masa hadapan. […]

KERAJAAN NEGERI PASTIKAN KELANCARAN DI PINTU MASUK ANTARABANGSA

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor komited membantu rakyat Malaysia menetap dan bekerja di negara jiran, Singapura pulang dengan selamat dan selesa sempena perayaan Tahun Baru Cina.   Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, Ir. Ts. Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, beberapa tindakan sudah dibincangkan untuk memastikan kelancaran aliran trafik keluar dan […]

KALENDAR ACARA MAJESTIC JOHOR 2023 DILANCARKAN

  ISKANDAR PUTERI — Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya Negeri Johor, K. Raven Kumar melancarkan Kalendar Acara Majestic Johor 2023, semalam.   Menurut beliau, kalendar tersebut memberi fokus terhadap lapan acara utama dan pelbagai acara lain yang bersifat antarabangsa dan domestik dengan menyasarkan kehadiran lebih sejuta pengunjung.   Selain itu, turut diadakan […]

EXCO KERAJAAN JOHOR BUAT KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT MENTERI

  ISKANDAR PUTERI — EXCO Kerajaan Johor, Ling Tian Soon mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang. Kunjungan tersebut membuka ruang serta peluang kepada Tian Soon dan Aaron untuk saling berkongsi dan berbincang mengenai isu perpaduan di negara ini. Di samping itu, Tian Soon turut berkongsikan usaha Kerajaan Johor dalam […]

KEDAI MAKAN KOTOR DIKOMPAUN, DIARAHKAN TUTUP

  ISKANDAR PUTERI — Pejabat Kesihatan Daerah Kota Tinggi menjalankan siasatan dan pemeriksaan terhadap sebuah premis yang tular di media sosial kerana menyediakan makanan secara tidak bersih, kelmarin. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon berkata, susulan daripada siasatan dan pemeriksaan dilakukan, pelbagai kesalahan didapati dilakukan oleh premis yang kemudiannya telah diambil […]

PEMIMPIN MUDA JOHOR BERTEMU TPM DEMI RAKYAT

  ISKANDAR PUTERI — Wakil rakyat Parlimen dan Ahli Majlis bagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berperanan besar untuk membantu rakyat di kawasan diwakili. EXCO Kerajaan Johor, Mohd Hairi Mad Shah berkata, kumpulan itu juga mempunyai peranan membantu kerajaan negeri dengan membawa suara akar umbi. “Ahli Yang Berhormat, Ahli Parlimen dan Ahli Majlis juga memainkan satu […]