Tag Archive for: Orang Asli Johor

KERAJAAN JOHOR UMUM 9 INISIATIF BERNILAI RM3.8 JUTA UNTUK MASYARAKAT ORANG ASLI

  #Kluang – Kerajaan Johor memperuntukkan RM3.8 juta bagi melaksanakan sembilan inisiatif baharu demi memperkasa dan menjaga kebajikan lebih 18,000 masyarakat Orang Asli di negeri ini.   Selain itu, pelbagai bantuan melibatkan aspek kebajikan, pendidikan, kemudahan infrastruktur dan pembangunan komuniti juga telah diluluskan bagi memastikan masyarakat Orang Asli di negeri ini terus menikmati manfaat pembangunan […]

JAMBATAN BAILEY, LALUAN SEMENTARA SEGERA DIBINA

  #JohorBahru – Sebuah jambatan Bailey akan segera dibina untuk kegunaan lebih 1,000 penduduk dari empat kampung susulan kejadian jambatan sedia ada di Batu 20, dekat Kampung Sungai Tiram runtuh dan rosak teruk akibat hakisan tanah berpunca aliran air sungai yang deras daripada hujan lebat berterusan pada Ahad lalu.   Pembinaan infrastruktur tersebut akan dilaksanakan […]

MASYARAKAT ORANG ASLI RAIH PENDEDAHAN BERGUNA

  #IskandarPuteri – Program Kepimpinan Masyarakat Orang Asli Negeri Johor Tahun 2025 anjuran Kerajaan Negeri dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Johor di Tanjung Balai Karimun, Indonesia selama tiga hari menjadi platform memberi pendedahan kepada pembangunan masyarakat Orang asli di negeri ini.   Menerusi program yang disertai pemimpin masyarakat Orang Asli termasuk Tok Batin, […]

PERLUMBAAN BOT BERPOTENSI JADI PRODUK PELANCONGAN

  #Pengerang – Perlumbaan bot di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Surat berpotensi menjadi produk pelancongan untuk menarik pengunjung dari dalam mahupun luar negeri ini, bagi menyaksikan pertandingan berkenaan.   Hari kedua Pertandingan ‘Boat Race’ @ Tanjung Surat sempena Tanjung Surat Fest 2025 berlangsung sengit dengan aksi hebat dipamerkan oleh peserta terdiri pelbagai latar belakang, […]

KERAJAAN JOHOR PEDULI PEMBANGUNAN MASYARAKAT ORANG ASLI

  Kebajikan dan pembangunan Orang Asli di Johor terus diberi tumpuan sewajarnya oleh Kerajaan Negeri menerusi peruntukan signifikan disediakan bagi menjaga lingkungan semula jadi kumpulan masyarakat ini.   Usaha dan keprihatinan Kerajaan Johor dizahirkan menerusi peruntukan berjumlah RM8.3 juta daripada pelbagai agensi dan jabatan merangkumi iltizam bagi menyokong pelbagai program pembangunan komuniti untuk manfaat lebih […]

MERAIKAN SOSIOBUDAYA MASYARAKAT ORANG ASLI JOHOR

  Bagi memperkenal serta mempromosikan kepelbagaian budaya Orang Asli kepada masyarakat, Karnival Kebudayaan Orang Asli Peringkat Negeri Johor Tahun 2024 bakal diadakan pada 17 dan 18 Ogos ini di Kampung Orang Asli Sungai Layau, Kota Tinggi.   Selain itu, karnival berkenaan menjadi platform untuk melahirkan masyarakat berbudaya, memahami sejarah dan identiti bangsa serta mengumpul dan […]

KERAJAAN NEGERI PASTIKAN ORANG ASLI TIDAK TERCICIR

  Kerajaan Johor terus komited memastikan masyarakat Orang Asli di negeri ini, tidak tercicir dalam agenda pembangunan dilaksanakan sejajar dengan hasrat menjadikan Johor sebagai negeri maju menjelang tahun 2030.   Bagi tujuan tersebut, Kampung Orang Asli (KOA) Putting di Segamat telah dipilih melaksanakan projek rintis KOA Sejahtera Peringkat Negeri Johor melibatkan peruntukan berjumlah RM300,0000 bagi […]

MASYARAKAT ORANG ASLI JOHOR TERKILAN DENGAN TINDAKAN JPOAJ

  ISKANDAR PUTERI — Masyarakat Orang Asli Negeri Johor melahirkan rasa kesal terhadap tindakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dikenali sebagai Jaringan Perkampungan Orang Asli Johor (JPOAJ) yang berhimpun membantah cadangan menukar tanah rizab mereka kepada ‘Tanah Kesultanan’ bulan lalu.   Menerusi satu kenyataan secara bersama oleh Batin dan wakil masyarakat Orang Asli Negeri […]

EKSPLOITASI DENGAN TEROKA HUTAN UNTUK PERTANIAN KOMERSIAL

  Oleh Aivizanoorwani Shah, Mohd Firdaus Yon, Badrul Kamal Zakaria dan Imran Razib   ISKANDAR PUTERI — Jabatan Perhutanan Negeri Johor memaklumkan eksploitasi dibuat terhadap Orang Asli kebanyakan dalam bentuk penerokaan kawasan hutan bagi tujuan pertanian secara komersial.   Pengarahnya, Dato’ Salim Aman berkata, keadaan itu berbeza dengan situasi asal kampung Orang Asli apabila kumpulan […]

ENAKMEN TANAH KESULTANAN MAMPU LINDUNGI HAK ORANG ASLI

  Oleh Aivizanoorwani Shah, Mohd Firdaus Yon, Badrul Kamal Zakaria dan Imran Razib   JOHOR BAHRU — Penempatan baharu Orang Asli dicadangkan untuk diletakkan di bawah Tanah Kesultanan bagi mengelak daripada berlakunya eksploitasi terhadap masyarakat pribumi terbabit.   Pengarah Perhutanan Negeri Johor, Dato’ Salim Aman berkata, pihak jabatan menjunjung kasih atas titah DYMM Sultan Johor, […]