Tag Archive for: Ranhill SAJ

BEKALAN AIR JOHOR LEBIH MAMPAN, TERJAMIN MENJELANG 2030

  #KotaTinggi – Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah meluluskan pembinaan tiga projek Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) bagi menyokong keperluan pengguna domestik, komersial serta industri pusat data di negeri ini.   Projek pembangunan sumber air utama itu adalah TAPS Sungai Johor bernilai RM605 juta dengan kapasiti 200 juta liter […]

PELARASAN TARIF BAHARU AIR LANGKAH STRATEGIK PERKUKUH BEKALAN AIR JOHOR

  #IskandarPuteri – Pelarasan tarif baharu air diluluskan kabinet menerusi warta berkuat kuasa kelmarin, menjadi langkah penting bagi Ranhill SAJ ke arah meningkatkan mutu perkhidmatan demi kepentingan jangka panjang rakyat Johor.   Syarikat operator air Johor itu dalam satu kenyataan memaklumkan pelarasan tarif baharu utiliti berkenaan di negeri ini tidak melibatkan majoriti pengguna domestik, rumah […]

SEGERA TANGANI GANGGUAN BEKALAN AIR

  #IskandarPuteri – Kerajaan Negeri mengarahkan supaya mesyuarat krisis kecemasan diadakan untuk menyelaras tindakan pantas memulihkan bekalan air secepat mungkin susulan gangguan yang berlaku di beberapa kawasan di Johor Bahru pada ketika ini.   Tindakan proaktif dan pantas dengan menyalurkan bekalan air alternatif melalui penyediaan tangki-tangki air serta bantuan tambahan sedang diusahakan daripada daerah dan […]

BEKALAN AIR PULIH, SYAWAL PENUH BERMAKNA

  #IskandarPuteri – Lebih 1,000 penduduk di sekitar Gugusan Murni Jaya dan FELDA Bukit Permai, Kulai berasa lega dan menzahirkan rasa syukur apabila masalah gangguan bekalan air yang berlarutan sejak belasan tahun akhirnya dapat diselesaikan hasil tindakan proaktif daripada Kerajaan Johor.   Bagi Solihin Baein, 47, penduduk Kampung Sri Muar memuji langkah responsif Kerajaan Negeri […]

RANHILL SAJ PASTIKAN BEKALAN AIR CUKUP AIDILFITRI INI

  #IskandarPuteri – Ranhill SAJ Sdn. Bhd. (Ranhill SAJ) bakal menggerakkan operasi khas sempena perayaan Aidilfitri 2025 bermula 24 Mac ini bagi mengurangkan risiko gangguan dan memastikan bekalan air mencukupi pada musim perayaan.   Pengendali air Johor itu sudah mengenal pasti kawasan hotspot berpotensi mengalami gangguan bekalan berikutan peningkatan mendadak pengguna dengan mengaktifkan pelan kecemasan […]

RANHILL SAJ TERUS BEKAL AIR SECARA HOLISTIK

  Syarikat pengendali utiliti air Johor, Ranhill SAJ Sdn. Bhd. (Ranhill SAJ) akan memberi tumpuan kepada usaha jangka masa panjang termasuk program penggantian paip lama dalam memastikan bekalan air dapat disalurkan secara holistik.   Inisiatif bagi meningkatkan kecekapan rawatan dan agihan air tersebut melibatkan peruntukan berjumlah RM165 juta untuk melaksanakan kerja-kerja penggantian paip lama sepanjang […]

KERAJAAN JOHOR KESAL GANGGUAN BEKALAN AIR MASIH BERLAKU

  Kerajaan Negeri menzahirkan kekesalan terhadap gangguan bekalan air yang masih berlaku dan menjejaskan persiapan Bangsa Johor menyambut Aidilfitri pada tahun ini.   Aduan diterima daripada rakyat itu menimbulkan persoalan mengenai keupayaan Ranhill SAJ Sdn. Bhd. (Ranhill SAJ) dalam menangani gangguan bekalan air saban tahun.   Justeru, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor […]

KERAJAAN JOHOR PASTIKAN KEMAMPANAN BEKALAN AIR, ELEKTRIK

  Kerajaan Negeri komited memastikan kemampanan bekalan air dan elektrik bagi memenuhi keperluan dan kegunaan domestik, komersial dan industri demi menyokong persekitaran ekonomi serta kesejahteraan rakyat di negeri ini.   Sehingga kini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) mempunyai kapasiti bekalan elektrik 10,746 Megawatt (MW) jauh lebih tinggi berbanding permintaan maksimum iaitu 2,804 MW yang memanfaatkan pelbagai […]

ISU AIR DI KAMPUNG MURNI JAYA DIJANGKA SELESAI TAHUN INI

  Penduduk di sekitar Kampung Murni Jaya kini boleh menarik nafas lega apabila isu gangguan bekalan air yang membelenggu masyarakat terbabit sejak sekian lama boleh dianggap selesai.   Ia selepas tindakan proaktif Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Dato’ Mohd Jafni Md Shukor dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, […]

RANHILL SAJ TERIMA PENGIKTIRAFAN MBOR

  Ranhill SAJ melakar sejarah dalam Malaysia Book Of Records (MBOR) apabila menjadi operator air pertama di Malaysia memiliki pensijilan ‘Hazard Analysis Critical Control Point’ (HACCP) daripada Intistut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) untuk 44 Loji Rawatan Air (LRA) di negeri ini.   Ketua Pegawai Eksekutifnya, Muhamad Faizal Aliar memaklumkan pensijilan dan pengiktirafan di […]