Tag Archive for: sahih tepat pantas

BRAJ@PASAR TANI KEKAL DATIN HALIMAH TERIMA SAMBUTAN

  JOHOR BAHRU — Program Bazar Rakyat Agro Johor (BRAJ) di Pasar Tani Kekal Datin Halimah, di sini, menerima sambutan menggalakkan daripada masyarakat setempat mendapatkan barangan segar, produk industri kecil dan sederhana (IKS) serta runcit pada harga berpatutan.   Berlangsung jam 7 pagi hingga 1 petang, program tersebut telah dilancarkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, […]

LEBIH 300 TAN SAMPAH DIKUTIP SEJAK JOHOR BERSIH DILANCARKAN

  ISKANDAR PUTERI — Sebanyak 311 tan sampah berjaya dikutip di 16 kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini, sejak program Johor Bersih dilancarkan dilancarkan pada Julai 2022 hingga hujung Mei lalu.   Kesemua sampah itu dikutip menerusi aktiviti ‘plogging’ dan Jalan Angkat (PJA) dilaksanakan pada setiap hari Ahad meliputi pelbagai lokasi.   Pengerusi […]

KKM UMUM ‘BERITA BAIK’ ATASI ISU PERKHIDMATAN KESIHATAN JOHOR

  ISKANDAR PUTERI — Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) akan menerima 35 jururawat perjawatan tetap dan lain termasuk Penolong Perubatan Kesihatan serta beberapa jawatan kontrak lain yang sedang menunggu untuk disahkan.   Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, kementeriannya juga sudah meluluskan peruntukan khas sebanyak RM771,600 bagi pembelian aset perubatan dan bukan perubatan.   Menurutnya, […]

FORUM BANDAR PINTAR JOHOR MEDAN RANGKA STRATEGI TRANSFORMASI BANDAR

  JOHOR BAHRU — Program Forum Bandar Pintar Johor 2023 yang dilaksanakan bakal menjadi medan utama bagi merangka strategi tuntas transformasi bandar ke arah bandar pintar yang lebih dinamik.   Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata Pelan Tindakan Bandar Pintar Negeri Johor 2030 menggariskan tujuh komponen sebagai fokus utama bagi merealisasikan hasrat tersebut. […]

PIRATES JOHOR MUNCUL JUARA KEJOHANAN SOFBOL TERBUKA MELAKA

  ISKANDAR PUTERI — Pasukan Sofbol Negeri Johor, Pirates Johor mencipta sejarah tersendiri selepas berjaya mempertahankan kejuaraan Kejohanan Sofbol Terbuka Melaka buat kali ketiga berturut-turut pada minggu lalu. Pasukan Pirates Johor berjaya mengalahkan lawan dari Kuala Lumpur, Banturaz dengan kiraan larian 1-0 dalam perlawanan akhir sekali gus dinobatkan sebagai juara. Presiden Pirates Johor, Abd Afiq […]

UTHM DIDIK PELAJAR PELIHARA EKOSISTEM ALAM, ELAK GUNAKAN PLASTIK

  ISKANDAR PUTERI –– Seramai 48 pelajar Kursus Pengakap Kelanasiswa I dan II yang mengikuti Kursus Kokurikulum Berkredit, Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum (PPUK), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menyertai program Latihan Intensif Kem Lencana Kemahiran Pengakap Kelana pada 26 dan 27 Mei lalu. Program yang bertujuan mengajak masyarakat mengurangkan atau mengelak daripada menggunakan […]

AMBIL TINDAKAN TEGAS TERHADAP DALANG PEMBUANGAN SAMPAH HARAM

  ISKANDAR PUTERI — Tindakan undang-undang lebih tegas perlu dikenakan terhadap pemilik tanah dan individu membuang sampah selain melakukan pembakaran terbuka di tapak pelupusan haram Mukim Pulai, Ulu Choh, dekat sini.   Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Iskandar, Datuk Pandak Ahmad berkata, pihak berkuasa juga disarankan untuk memagar kawasan terbabit daripada terus diceroboh dan […]

AKTIFKAN LALUAN KONTRA BAGI KELANCARAN BSI, KSAB

  ISKANDAR PUTERI — Pengurusan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) serta Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) diminta mempertimbangkan pembukaan laluan kontra.   Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, laluan kontra itu khusus bagi pengembara menggunakan laluan pejalan kaki dan pengangkutan awam terutama ketika musim cuti sekolah atau […]

SAYA TIDAK AKAN BENARKAN IA BERLAKU DI JOHOR – MOHD FARED

  ISKANDAR PUTERI — “Saya bagi amaran!… Demi Allah saya tak akan benarkan ia berlaku di Johor,” tegas Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid.   Amaran dan tekad kuat Mohd Fared yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerah itu merujuk kepada tertularnya sebuah poster bertajuk ‘Gang Bang JB Party’ […]

SPR TUBUH 625 PP-KPR PANTAU KEMPEN PRU 15

  ISKANDAR PUTERI — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menubuhkan sebanyak 625 Pasukan Penguatkuasa Pilihan Raya (PP-KPR) bagi memantau semua aktiviti kempen calon yang bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) 15. Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh, berkata ia bagi memastikan semua calon yang bertanding mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan. Katanya, semua calon yang […]